in

Staff Honda Yang Biadap Komen Mempersendakan Tuhan Atas Kematian Adib Telah Digantung Kerja

Carynyean4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat rakyat Malaysia sedang bersedih dengan pemergian perwira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang maut akibat kecederaan kronik dibelasah teruk dalam rusuhan kuil, timbul pula satu isu yang mengundang kemarahan rakyat Malaysia.


“Bukan kerajaan gagal, tuhan awak yang gagal tak sembuhkan Adib” itulah komen biadap yang dilontarkan oleh gadis yang dikenali sebagai Caryn Yean sewaktu Facebook live Sinar Harian.

Komen mempersendakan agama oleh pekerja Honda ini tular dalam sekelip mata, disebabkan itu pihak Honda Malaysia terpanggil untuk mengenakan tindakan terhadap wanita itu.

 

Honda Sri Utama mohon maaf secara terbuka

48373458 2490999650915320 1373144127348146176 N
Sumber : facebook

Berdasarkan gambar yang tular di Twitter, Caryn berkhidmat di Honda cawangan Sri Utama. Disebabkan itu, pihak majikan telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Carynyean
Sumber: twitter

Melalui laman rasmi Facebook Honda Malaysia, pihak HQ juga mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengenakan tindakan kepada wanita tersebut.

 

Caryn telah digantung kerja – Honda Malaysia Sdn. Bhd

Honda Hq
Sumber : facebook

Itu lah orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Kalau nak bagi komen yang tak berasas pasti akan menjadi sasaran. Dah tahu Facebook tu tempat buat kerja jagalah pertuturan, kan dah kena.

Tindakan yang Caryn buat ini memang keterlaluan sebab tak sensitif. Apa yang dia buat telah menjatuhkan reputasi syarikat. 

 

Baca : “Menteri & Exco Perpecahan” – Netizen Bengang, Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Atas Kematian Adib

Aibwaytha 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.