SPR Perkenal Kaedah ‘Urutan Jari’ Untuk Elak Penipuan Semasa Mengundi PRU14

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ura-ura mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi makin kedengaran di sana-sini. Ini termasuklah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Februari lalu yang mengatakan PRU14 bakal diadakan sebelum 14 Julai tahun ini.

Lebih menghangatkan suasana politik Malaysia, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperkenalkan satu kaedah ‘urutan jari’ untuk mengelakkan penipuan semasa proses pembuangan undi, lapor MMO.

Sumber: MMO

Menurut Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah, prosedur ini membenarkan kerani yang bertugas di pusat mengundi memeriksa kedua-dua belah jadi pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.

“Kerani yang bertugas akan memakai sarung tangan untuk memeriksa jari pengundi sebelum mereka dibenarkan mencelup jari ke dalam botol dakwat pilihan raya dan langkah ini kita lakukan memandangkan pada masa sekarang sudah ada sarung jari tiruan.

“Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Nik Aminudin yang menyampaikan Siri Jelajah Taklimat PRU14 di Autorium RTM juga meminta supaya maklumat yang disampaikannya dalam taklimat tersebut disebarkan pengamal media kepada orang ramai bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap SPR.

Program SPR ini juga difahamkan akan diadakan penjelajahannya ke negeri lain berdasarkan jemputan untuk memberi lebih banyak maklumat dan pendedahan kepada rakyat dalam meningkatkan kesedaran bahawa prosedur pilihan raya yang SPR lakukan selama ini telus dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Ingat ye sebelum nak celup dakwat undi, urut-urutlah jari tu dulu! Semoga teknik terbaru SPR ini berkesan. 

Baca: Elaun Perjalanan Pulang ke Kampung Halaman Untuk Mengundi Dianggap Rasuah – SPRM 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!