in

“Alhamdulillah” – Syida Melvin Pindah Rumah Baru Demi Keselesaan Anak-anak

Ft Syida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hangat menjadi bualan ramai berhubung kemelut rumah tangga sebelum ini, pelakon Syida Melvin tampil mengambil langkah baharu apabila dipercayai telah berpindah ke sebuah kediaman baharu bersama tiga orang anaknya

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram miliknya, Syida yang berusia 29 tahun itu dilihat sedang sibuk menguruskan proses perpindahan dengan membawa masuk beberapa barangan kelengkapan rumah.


Artikel berkaitan: Netizen Persoal Bawa Anak Masa ‘Live’ Serang Bekas Suami, Ini Penjelasan Penuh Syida Melvin

Artikel berkaitan: “Dah 8 bulan aku sabar…” – Syida Melvin Tinggal Rumah Demi Selamatkan Mental, Dedah Kena Caci Maki?

Demi keselesaan – Syida Melvin

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah reaksi ketiga-tiga anaknya yang kelihatan begitu teruja dan ceria sepanjang proses tersebut berlangsung. Malah, mereka juga dilihat gembira ketika berkongsi bilik baharu yang sudah pun dilengkapi dengan sebuah rumah patung.

Menurut Syida, keputusan untuk berpindah itu dibuat semata-mata demi memastikan keselesaan anak-anaknya terjaga.

“Demi keselesaan mata-mata saksi ibu, Alhamdulillah.”

Bagaimanapun, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini tidak memperincikan sama ada kediaman baharu tersebut dibeli ataupun disewa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta membanjiri hantaran tersebut dengan kata-kata semangat. Ramai yang mendoakan agar ibu kepada tiga cahaya mata ini terus kuat menghadapi ujian hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syida Melvin (@syidamelvin)

Terdahulu, pada 10 November lalu, nama Syida menjadi perhatian netizen selepas dia membuat siaran langsung di media sosial bagi mendesak bekas suaminya keluar dari sebuah rumah yang didakwa dibeli atas namanya sendiri.

Susulan daripada itu, kedua-dua pihak dilihat saling berbalas kenyataan dan membuat pendedahan mengenai kemelut yang berlaku sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.

Untuk rekod, Syida dan bekas suaminya, Shafiq, telah sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera (7 tahun), Sara Sajedda (6 tahun), dan Serhan Isa yang kini berusia setahun.

Sumber : mStar Online, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.