in

Julung Kali Diadakan, Hospital Jerantut Lakar Sejarah Anjur Majlis Akad Nikah Pasangan Pesakit

Syaz Ft 97

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu detik bersejarah berjaya dilakar di Hospital Jerantut apabila pihak hospital menganjurkan Majlis Ijab dan Kabul melibatkan pasangan pengantin yang juga merupakan pesakit di fasiliti kesihatan berkenaan, pada Isnin.

Majlis penuh keberkatan yang berlangsung di Dewan Baiduri itu menjadi acara pernikahan pertama seumpamanya pernah diadakan di hospital tersebut menerusi inisiatif Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Jerantut.


Menerusi satu perkongsian di media sosial pihak hospital, walaupun pasangan berkenaan sedang diuji dengan keadaan kesihatan, ikatan suci perkahwinan itu tetap berjaya disatukan dalam suasana yang cukup syahdu dan bermakna.

Artikel berkaitan: Dari Penuntut Perubatan Ke 70 Tahun Perkahwinan, Ini Kisah Cinta Abadi Tun M & Tun Hasmah

Artikel berkaitan: Gambar Kahwin Tular, Roberto Carlos Didakwa Peluk Islam Lepas Bernikah Bulan Lalu

“Walaupun diuji dengan keadaan kesihatan, ikatan suci ini tetap berjaya disatukan dalam suasana yang penuh syahdu dan bermakna.

Kejayaan ini menjadi manifestasi nyata komitmen Hospital Mesra Ibadah (HMI) dalam menyantuni aspek kerohanian, kebajikan, serta keperluan syariah pesakit secara holistik, hasil kerjasama erat pelbagai pihak,” menurut kenyataan tersebut.

Kerjasama Pelbagai Agensi Jayakan Urusan Nikah & Wali Bersaksi

Penganjuran majlis akad nikah serta urusan wali bersaksi itu turut melibatkan kerjasama erat daripada beberapa unit dalaman hospital dan agensi luar bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Antara pihak yang bertungkus-lumus menjayakan majlis tersebut termasuklah Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Jerantut selaku peneraju utama, Wad Melor 1 (O&G), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Kadi Daerah Jerantut, Unit Kejururawatan, Unit Penyeliaan, Unit Kerja Sosial Perubatan serta seluruh warga kerja Hospital Jerantut.

926128062 1756613043130506 1188324654176573522 N

Perkongsian mengenai detik istimewa itu turut mengundang reaksi positif daripada warga maya yang rata-rata memuji keprihatinan warga hospital dalam memudahkan urusan ibadah pesakit, selain mendoakan kesejahteraan pasangan mempelai.

Cats 10

Dalam pada itu, pihak hospital turut menitipkan doa agar pasangan pengantin baharu berkenaan dikurniakan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dilimpahi kebahagiaan rumah tangga.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.