in

The ONE Prepaid: Pelan ‘No-Nonsense’, Cara Mudah Untuk Mula Menikmati Pengalaman Bersama redONE Mobile

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cara kita guna internet pun berbeza-beza, mestilah keperluan prabayar pun tak sama, kan? Ada yang perlukan data sekadar untuk kegunaan harian, ada yang lebih banyak menggunakan internet untuk hiburan, gaming, streaming atau hotspot.

Sebab itu, memilih pelan prabayar tak semestinya perlu rumit. Yang penting, cari pelan yang mudah untuk dimulakan, fleksibel mengikut penggunaan dan beri lebih nilai sepanjang menggunakannya.


Inilah yang ditawarkan menerusi THE ONE Prepaid, yang direka sebagai cara simple, hassle-free dan no-nonsense untuk korang mula merasai pengalaman bersama redONE Mobile

Maksud no-nonsense tu mudah je, tak perlu pening dengan pilihan yang rumit. Korang boleh mula dengan mudah, pilih data mengikut keperluan, nikmati lebih banyak nilai dan kumpul ganjaran sepanjang menggunakan pelan.

Jadi, macam mana THE ONE Prepaid jadikan pengalaman untuk mula bersama redONE Mobile lebih mudah? Jom tengok!

This Picture Is Nice But 20260921173829

Lebih fleksibel ikut cara korang guna internet

Bila dah mula dengan THE ONE Prepaid, korang boleh pilih pelan internet mengikut cara penggunaan sendiri sebab tak semua orang menggunakan data dalam jumlah yang sama.

This One Is Nice But 20260921173106

Kalau korang jenis yang aktif online setiap hari untuk scroll media sosial, layan video, streaming, gaming atau menggunakan hotspot, 180GB pada harga RM25 boleh jadi pilihan yang menawarkan lebih banyak data pada harga yang berbaloi.

Tapi kalau penggunaan korang lebih ringan, tak semestinya kena ambil pelan dengan data yang banyak. Pilihan pelan THE ONE Prepaid bermula serendah RM3 untuk korang yang mungkin hanya perlukan internet bagi kegunaan tertentu seperti WhatsApp, Waze atau media sosial.

Untuk pengguna data yang lebih tinggi pula, tersedia pilihan sehingga 450GB bagi memenuhi penggunaan internet yang lebih banyak.

Maksudnya, korang tak perlu bayar untuk sesuatu yang tak diperlukan. Pilih sahaja jumlah data yang lebih sesuai dengan cara korang menggunakan internet.

Mudah nak mula, siap dengan bonus tambahan 

Dah tahu pelan mana yang sesuai dengan penggunaan korang? Nak mula pun tak rumit.

Dengan Starter Pack pelan THE ONE Prepaid korang dah boleh menggunakan perkhidmatan redONE Mobile dengan harga serendah RM8!

260928 Theoneprepaid Writeup 552X276Px

Lebih menarik, selepas mengaktifkan SIM, korang akan menerima 1GB Bonus Pengaktifan PERCUMA serta kredit RM5 PERCUMA. Dari awal lagi korang dah boleh dapat manfaat tambahan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Kalau korang pula bercadang nak tukar daripada telco lain ke pelan THE ONE Prepaid, ada lagi nilai tambahan yang menanti. Korang akan menerima RM5 kredit percuma selama 6 bulan.

Jadi, nak mulakan journey bersama redONE Mobile tak perlukan proses yang rumit pun. Dapatkan Starter Pack, aktifkan SIM dan terus nikmati manfaat yang tersedia.

Lebih banyak ganjaran dengan redCOIN

Bila dah mula menggunakan THE ONE Prepaid, bukan setakat tentang data je sebab lagi lama korang menggunakannya, ada redCOIN yang boleh dikumpul.

Dengan redCOIN, korang boleh tebus ganjaran sepanjang menggunakan perkhidmatan THE ONE Prepaid.

Mudah je, beli pelan internet, kumpul redCOIN dan tebus ganjaran.

redCOIN yang dikumpul pula boleh digunakan untuk mendapatkan pelbagai baucar menarik yang tersedia untuk pengguna.

Tak cukup dengan baucar, korang juga boleh menggunakan redCOIN untuk mendapatkan peluang menyertai cabutan bertuah. Kalau ada rezeki, korang berpeluang membawa pulang hadiah menarik.

Prabayar dulu, Postpaid kemudian!

Keperluan internet pun boleh berubah ikut fasa hidup. Mungkin sekarang korang selesa menggunakan prepaid kerana ia lebih fleksibel dengan cara penggunaan sendiri. Tapi bila rutin harian berubah, mula bekerja atau penggunaan internet semakin tinggi, korang mungkin perlukan pelan yang berbeza.

Tak perlu risau sebab perjalanan korang bersama redONE Mobile tak berhenti dengan pelan THE ONE Prepaid!

Bila dah bersedia untuk langkah seterusnya, pengguna boleh beralih daripada menggunakan THE ONE Prepaid kepada redONE Postpaid mengikut keperluan masing-masing.

Lagi best, kalau korang naik taraf ke redONE Postpaid selepas 6 bulan, korang akan dapat telefon 5G secara percuma!

Jadi, THE ONE Prepaid boleh menjadi langkah pertama korang bersama redONE Mobile. Bila keperluan internet berubah dan korang dah bersedia untuk langkah seterusnya, perjalanan itu boleh diteruskan dengan beralih ke redONE Postpaid.

This One Is Nice But 20260921173456

Internet yang ikut rentak korang

Sebagai Syarikat Telco di Malaysia, redONE Mobile sentiasa berusaha menghasilkan produk yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin berubah.

Memegang peranan sebagai Komuniti Telco, redONE Mobile memahami bahawa setiap komuniti mempunyai keperluan dan cara tersendiri dalam menggunakan internet setiap hari.

260928 Theoneprepaid Writeup 422X581Px 1

Bagi generasi muda, internet sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian. Bukan sekadar untuk WhatsApp atau scroll media sosial, tapi juga untuk berhubung dengan orang tersayang, layan hiburan, cari benda baharu dan uruskan pelbagai aktiviti harian.

Sebab itulah The ONE Prepaid hadir untuk mengikuti rentak kehidupan pengguna hari ini supaya lebih fleksibel, mudah diakses dan sesuai dengan pelbagai cara korang menggunakan internet setiap hari.

Menerusi The ONE Prepaid juga, redONE Mobile terus mengukuhkan peranannya sebagai Syarikat Telco dengan menyediakan pilihan connectivity yang bukan sahaja relevan dan mudah diakses, tetapi juga dekat dengan keperluan komuniti yang mempunyai gaya hidup berbeza.

Jadi, dah ready untuk pengalaman internet yang no-nonsense dan ikut rentak korang? Jom pilih The ONE Prepaid dan mula sekarang!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.