in

Elaun Perjalanan Pulang ke Kampung Halaman Untuk Mengundi Dianggap Rasuah – SPRM

Spr Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tawaran elaun perjalanan untuk menarik perhatian orang ramai supaya pulang mengundi di kampung halaman masing-masing dikira sebagai rasuah.


Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, dari segi undang-undang, menawarkan sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang tunai atau hadiah, adalah rasuah.

Contohnya jika seorang pengundi ditawarkan elaun untuk balik mengundi, atau membayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu.”

Azam Baki
sumber: the star

Bagaimanapun, beliau turut menjelaskan jika seseorang ahli politik menawarkan bantuan seperti beras atau derma kepada golongan miskin, ianya tidaklah dianggap rasuah begitu juga janji pilihan raya.

“Sepanjang tempoh kempen, parti politik biasanya akan menaburkan banyak janji, seperti untuk membina lebih banyak rumah. Ini bukan rasuah.”

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), SPRM telah mengingatkan semua calon dan parti politik bahawa sesiapa yang didapati terbabit dengan rasuah akan hilang kelayakan.

Spr1
sumber: mstar

Menurut mStar, sebaik sahaja tarikh pilihan raya umum diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), satu pasukan penguatkuasa undang-undang yang terdiri daripada pegawai SPRM dan polis akan ditubuhkan untuk memantau aktiviti rasuah dalam pilihan raya.

“Sekiranya pasukan itu menerima laporan daripada orang awam, kes-kes seperti itu akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan.”

Dengar tu! Jangan suka suka bagi tawaran elaun ke apa ehhhh. 

Baca: Ah Long Bekerjasama Dengan SPRM Kantoikan Polis Yang Paksa Bayar Rasuah RM20,000

Page 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.