in

SPR Larang Guna Telefon Bimbit Di Pusat Mengundi

Spr Tak Benarkan Telefon Di Pusat Pengundian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk sesiapa yang baru pertama kali nak keluar mengundi atau dah berkali-kali mengundi, ada satu peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.

Infografik yang memaparkan 10 langkah yang perlu dituruti oleh bakal pengundi pada hari pengundian tersebut telah dimuatnaik di laman Twitter SPR pada petang semalam.


Menerusi infografik yang memaparkan 10 langkah yang perlu dituruti oleh bakal pengundi pada hari pengundian tersebut telah dimuatnaik di laman Twitter SPR pada petang semalam.

1512247

Jadi, selepas mencelup jari dan menerima kertas pengundian daripada kerani bertugas; pengundi dikehendaki untuk meletakkan telefon bimbit di meja Ketua Pusat Mengundi selepas mengambil kertas undi.

Kemudian, para pengundi dikehendaki ke petak undi dan melakukan proses undian dengan meletakkan tanda pangkah di ruangan yang disediakan bersebelahan dengan nama calon dan simbol calon.

Selepas selesai proses undian nanti, pengundi perlu ke meja Ketua Tempat Mengundi untuk mengambil kembali telefon bimbit masing-masing sebelum keluar meninggalkan pusat pengundian.

Berikut adalah perbandingan langkah yang disediakan oleh SPR sempena PRU sebelum ini (gambar kiri) dan sekarang (gambar kanan) :

Langkahpen Horz

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mengesyorkan supaya SPR melarang penggunaan telefon bimbit di pusat pengundian kerana ia boleh menggalakkan rasuah selain kerahsiaan undian didedahkan.

Baca : PRU15 : Ini ‘Highlight’ Manifesto Dari PN, PH & BN Kepada Pengundi

Ft Tawaran Parti Pru15

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.