in

PRU15 : Ini ‘Highlight’ Manifesto Dari PN, PH & BN Kepada Pengundi

Ft Tawaran Parti Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang masa artikel ini ditulis, hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) kini tinggal berbaki kurang dari 2 minggu. Waktu inilah kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih nasib masa depan kita dalam masa 5 tahun akan datang.


Dari sini, kita sebagai rakyat akan menilai semula tawaran-tawaran yang disediakan oleh parti. Oleh itu, kami akan menyenaraikan antara tawaran yang dijanjikan oleh 3 parti ini iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

 

Pakatan Harapan

Screenshot 2022 11 08 170855

Tangani isu kos sara hidup

  • Hapuskan kartel bagi menggalakkan persaingan dan basmi keuntungan melampau.
  • Bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi agar tidak terputus yang menjadi punca harga naik.
  • Tingkatkan intensif pengeluaran makanan
  • Mengkaji semula konsesi lebuhraya

Jaminan keselamatan makanan

  • Reformasi tanah pertanian
  • Pertanian moden & pintar
  • Malaysia sebagai negara eksport pertanian
  • Menarik pelaburan dan agropreneur muda
  • Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) meningkat daripada RM360 per tan kepada
    RM500 per tan
  • Kad Subsidi atau e-wallet akan diperkenalkan untuk memberi kebebasan
    petani membeli input pertanian

Membasmi kemiskinan

  • Pembiayaan Mikro-kredit
  • Bantuan Sara Hidup (BSH) Dan Sarapan Percuma
  • Membina keluarga bahagia (Bantuan bulanan untuk setiap keluarga akan diberi mengikut bilangan anak yang berumur di bawah 6 tahun.)
  • Rumah mampu milik, mampu sewa
  • Ruang selamat dan dapur komuniti
  • Kepolisan masyarakat

Menjamin kebajikan pekerja 

  • Dasar gaji minimum
  • Menangani halangan diskriminasi
  • Jaminan keselamatan sosial
  • Elaun khas kehilangan pekerjaan
  • Menangani kemiskinan persaraan

Selanjutnya boleh semak tawaran penuh disini

 

Perikatan Nasional (PN)

Screenshot 2022 11 08 170936

  • Mewujudkan 1,000,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ekonomi digital dan masa hadapan dalam tempoh 5 tahun.
  • Menjadikan Agenda Pembasmian Kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi sebagai keutamaan kerajaan.
  • Mewujudkan Kad Prihatin Nasional bagi memberi akses kepada perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan.
  • Menyediakan perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Menyediakan internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru di semua sekolah seluruh negara.
  • Memperuntukkan komputer riba untuk semua guru di institusi bawah KPM bagi memudahkan tugasan pengajaran dan pembelajaran.
  • Akses kepada peranti digital untuk murid di seluruh negara.
  • Menaikkan elaun guru KAFA sebanyak 50% ke RM1,500 sebulan dan memperkenalkan skim khas penyerapan ke jawatan tetap secara berperingkat.
  • Menyediakan bantuan awal pengajian sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar di IPT.
  • Menyediakan peranti digital bagi siswa dari keluarga B40 dan M40 yang layak.
  • Memperkasa sistem perundangan Islam dan kehakiman syariah.
  • Mempertahankan hak-hak semua kaum seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Mempergiatkan program khas bagi meningkatkan penyertaan masyarakat India, Cina dan Orang Asli di dalam badan-badan keselamatan negara.
  • Menubuhkan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak yang menawarkan kursus dalam bidang strategik bagi memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan.
  • Mengutamakan pengagihan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi setempat.
  • Mempercepatkan baik pulih bangunan daif di sekolah bagi menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah. (Sabah & Sarawak).
  • Mempercepatkan pembinaan jaringan jalan raya, bekalan air dan elektrik serta telekomunikasi di Sabah dan Sarawak.
  • Merancakkan pembangunan zon ekonomi baharu di sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan bagi memastikan penduduk kedua-dua wilayah tersebut mendapat kesan limpahan manfaat daripada pembangunan Nusantara, ibu negara baharu Indonesia.

Untuk selanjutnya, boleh lihat tawaran penuh disini

 

Barisan Nasional (BN)

Screenshot 2022 11 08 171010

  • Penghapusan kemiskinan mutlak melalui Skim Bantuan Pendapatan Asas Automatik yang memberi tambahan kepada setiap isi rumah berpendapatan bawah RM2208 sebulan menjelang tahun 2025 selain meneruskan rangkaian bantuan lain kepada pelbagai kelompok yang layak.
  • Mengurangkan 2% cukai pendapatan ke atas mereka yang berpendapatan RM50 ribu hingga RM100 ribu setahun.
  • Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab keselamatan negara yang baharu.
  • Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai gergasi ekonomi negara yang baharu.
  • Pembinaan lebih banyak hospital pakar untuk disiplin seperti penyakit berjangkit dan kesihatan mental.
  • Meningkatkan peluang latihan kepakaran dan sub-kepakaran di hospital swasta bagi meningkatkan jumlah pakar perubatan.
  • Sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma
    kepada semua pelajar B40.
  • Melebarkan Jaringan Internet 5G dan Wifi Awam (JIWA) di semua sekolah dalam tempoh 18 bulan.
  • Pengajian Tinggi Percuma kepada semua individu dari keluarga B40, sebagai pelan penamat kemiskinan jangka panjang.
  • Mengurangkan kos pengajian tinggi dengan pengenalan sistem
    pengajian anjal (50% di kampus dan 50% atas talian / jarak jauh) yang akan mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.
  • Menjadikan PTPTN sebuah yayasan tabung amanah pendidikan nasional yang akan diberdayakan melalui endowmen dan infak masyarakat.
  • Memperkenalkan bayaran semula PTPTN berdasarkan pendapatan / tangga gaji selepas setahun bekerja.
  • Pemberian 100% pembiayaan PTPTN kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah.
  • Hukuman yang lebih berat bagi kesalahan pemanduan mabuk / khayal di bawah pengaruh alkohol / dadah.
  • Mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak.
  • Insentif RM500 kepada pasangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang menimang cahaya mata.
  • Membangunkan sebuah universiti awam wanita pertama.
  • Menubuhkan dana khusus bagi membantu mangsa bencana alam akibat pencemaran alam sekitar.

Selanjutnya boleh lihat disini.

Kesemua ini hanya sebahagian sahaja, boleh buka pautan yang disediakan untuk membaca yang lebih lanjut.

Baca : Mengejutkan! 4 Menteri &  Timbalan Menteri Dari BN Digugurkan Sebagai Calon PRU15

Nama Tak Dicalonkan Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.