Spider Man Pernah Dianggap Idea Bodoh, Ini Struggle Stan Lee Dalam Mencipta Watak Adiwira Terkenal Dunia

Tambah ke Sumber Pilihan
Spider Man Pernah Dianggap Idea Bodoh, Ini Struggle Stan Lee Dalam Mencipta Watak Adiwira Terkenal Dunia

Pencipta barisan adwira untuk siri komik Marvel, Stan Lee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 95 tahun, lapor anak perempuannya semalam (12 November 2018). 

Menurut People, punca kematian Lee masih tidak didedahkan dan beliau difahamkan telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai selepas dikejarkan ke sana dengan ambulans dari kediamannya di Hollywood Hills awal pagi semalam.


Stan Lee
Sumber: BH

Lee yang meninggalkan sebuah legasi adwira komik terbesar ini mungkin takkan memasuki industri tersebut kalau tak kerana kegigihannya dalam mencipta karekter paling sukses dalam sejarah, Spider Man. Ini kisah sukses Stan Lee yang ramai tak tahu mengenainya…

Terlibat dalam industri komik kerana ingin bantu bayar bil keluarga 

Menurut The Insider, dalam satu temubual pada 2011, Lee menceritakan pengalaman hidupnya apabila bapa Lee terpaksa bersusah payah mencari kerja semasa era Great Depression di Amerika Syarikat.

“Disebabkan ingin membantu (keluarga), sebab masalah terbesar kami ialah ‘bagaimana untuk mendapatkan wang bayar sewa rumah setiap bulan’… saya telah mula bekerja ketika saya di sekolah menengah lagi,” kata Stan Lee.

Secara tiba-tiba saya tak sengaja terlibat dalam dunia penulisan,” tambahnya lagi.

Pada usia 17 tahun, Stan Lee kemudian bekerja sebagai pembantu di Timely Comics yang dimiliki suami sepupunya. Pada saat itu, dia langsung tak terfikir untuk menulis komik kerana tiada siapa pun yang mengambil serius tentang jenis penulisan seperti ini.

“Saya fikir, saya terpaksa bekerja di sini. Saya perlukan wang,” kata Lee.

“Stan, itu idea terburuk yang pernah saya dengar!” 

Dari pembantu biasa, Stan Lee diangkat menjadi penulis komik. Menurutnya, idea untuk mencipta watak Spider Man bermula apabila Lee melihat seekor lalat melekat di dinding dan sekaligus dia terfikir untuk cipta superhero dengan kemampuan yang sama.

“Flyman tak cukup dramatik, apa lagi yang ia boleh lakukan? Mosquito man? Lalu saya berkata: Spider Man! Ini kedengaran sangat dramatik!” kata Lee.

Dari situ Lee kemudian mencipta watak Peter Parker sebagai seorang remaja yang mempunyai banyak masalah peribadi. Namun apabila idea itu dibawa kepada penerbitnya, dia berkata: “Stan, itu idea terburuk yang saya pernah dengar!” 

Daripada idea terburuk, tak sangka tiba-tiba ‘Spidey’ jadi hit!

Meskipun dikritik watak superhero mestilah seorang yang dewasa dan free daripada macam-macam masalah, Lee beruntung kerana cerita Spider Man akhirnya diizinkan masuk ke dalam edisi terakhir sebuah buku yang kemudian menjadi hit.

“Sekadar untuk enjoy dan keluarkannya daripada fikiran saya, saya tempatkan Spider Man pada edisi terakhir sebuah buku dan melupakannya. 

“Sebulan kemudian, setelah semua angka penjualan masuk, orang atasan saya datang ke pejabat dan berkata: ‘Ingat lagi karekter Spider Man yang sangat kita berdua sukai? Mari kita jadikannya sebagai karekter bersiri’.

“Dan begitulah kisah Spidey lahir,” ceritanya sambil bertepuk tangan dan ketawa.

Pemergian Stanley Martin Lieber yang dilahirkan pada 28 Disember 1922 ini sudah pastinya diratapi jutaan fans seluruh dunia terutamanya mereka yang menantikan kemunculan filem Avengers 4 pada tahun hadapan.

Nampaknya lepas ini tiada lagi cameo watak Stan Lee di dalam filem Marvel akan datang…. 

Baca: Dakwa Terpaksa Tolak Tawaran Besar Dari Marvel, Netizen Anggap Raja Ilya Menipu

Ilya

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Spider Man Pernah Dianggap Idea Bodoh, Ini Struggle Stan Lee Dalam Mencipta Watak Adiwira Terkenal Dunia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/spider-man-pernah-dianggap-idea-bodoh-ini-struggle-stan-lee-dalam-mencipta-watak-adiwira-terkenal-dunia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM