in

Dakwa Terpaksa Tolak Tawaran Besar Dari Marvel, Netizen Anggap Raja Ilya Menipu

Ede

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas seorang pelakon wanita kelahiran Kuala Lumpur mengharumkan nama negara kerana berjaya memegang watak dalam siri televisyen Amerika popular Gotham, kisah kontroversi di sebalik tawaran berlakon filem Marvel Raja Ilya kembali diperkatakan.


Ramai yang menuduh Raja Ilya menipu kerana tak mungkin lah seorang pelakon akan sanggup nak tolak tawaran berlakon dalam francais filem Hollywood yang terkenal di seluruh dunia tu. Tapi menurut Harian Metro, Raja Ilya menafikan sekerasnya tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dia menipu.

Asas
sumber: instagram

“Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi,” kata Raja Ilya.

Pelakon berusia 32 tahun tu menegaskan yang dia memang dapat watak yang ditawarkan tu lepas berjaya dalam sesi uji bakat yang diadakan.

“Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Segala urusan seni dibantu agensi yang bertapak di sana.”

sumber: instagram

“Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar.”

Walaupun dah berjaya dapat berlakon dalam filem Marvel, Raja Ilya mengatakan yang dia bukan sengaja nak tolak tapi terpaksa menolak lakonan tu lepas mendapati ada babak yang kurang sesuai dan bercanggah dengan nilai Islam.

Ssa
sumber: instagram

“Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu.”

Walaupun sudah menolak tawaran berlakon dalam filem Hollywood terkenal tu, Raja Ilya mengumumkan yang sudah ada rezeki lain menantinya di Amerika Syarikat. Jadi dia tak akan ambil pusing dengan komen negatif netizen dan tak akan balas kecaman di akaun Instagramnya.

Lepas dengar sebab-sebab kenapa Raja Ilya terpaksa tolak tawaran berlakon filem Marvel tu, ramai yang pertikai dia betul-betul dapat ke tak sebenarnya tawaran berlakon tu. Kalau difikirkan, mana ada pelakon yang sanggup nak tolak tawaran besar macam ni, kan?

Admin tak boleh nak komen banyak, tapi korang rasa Raja Ilya dapat ke tak sebenarnya tawaran tu? Share sikit pendapat korang kat ruangan komen!

Baca: Raja Ilya Didakwa Menipu Konon Dapat Tawaran Bintangi Filem Marvel?

Sikit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.