in

“Sombong angkuh kejam takabur” – Video Ibu Bapa & Guru Di Sekolah Kedah Pakat ‘Gulingkan’ Pengetua Sekolah

Pengetua4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk menjaga reputasi sekolah, strategi yang betul daripada pengetua selaku pemimpin memainkan peranan penting untuk menaikkan prestasi pelajar-pelajar mereka.

Tapi kalau sampai bersikap kejam sehingga tidak menjaga kebajikan guru yang berkhidmat disekolah tersebut pun, tak guna juga.


Itu sebablah ia mendorong PIBG dan para guru dari SMK Kubor Panjang, Kedah ini buat ‘protes’ untuk bubarkan pengetua mereka.

 

Banyak masalah di beberapa buah sekolah sebelum ini. Peristiwa ini merupakan sejarah dan juga rekod buruk memalukan JPN Kedah”

Semalam, viral di Twitter apabila video para ibu bapa dan guru-guru berpakat berkumpul membuat bantahan secara terbuka terhadap sistem pemerintahan pengetua yang dikatakan bermasalah di sekolah tersebut.

Boleh dikatakan ini pertama kali guru-guru dan ibu bapa berganding bahu membuat bantahan sebegini. Mereka mendesak pihak berkuasa untuk menukar pengetua disekolah mereka dengan kadar segera.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Twitter ini, pengetua itu ada masalah sikap dalam kepimpinan mereka.

Dikatakan sikap diktator pengetua itu telah mendatangkan tekanan hebat pengajar sehingga sistem pentadbiran jadi porak peranda dek kerana peraingainya yang dikatakan sombong, kejam, iri hari dan takabur seperti mana yang didakwa oleh individu yang pernah jadi ‘orang dalaman’ sekolah tu melalui satu laman Facebook ini.

Katanya dia sendiri pernah jadi mangsa kekejaman pengetua tersebut, malah menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia Lukman Moidin lagi, ada guru yang telah dianiaya oleh pengetua kejam tu.

Guru BAGUS ditendang, Pengetua SAKIT ditatang.Oleh : LUKMAN MOIDINTahniah dan syabas di ucapkan kepada YDP dan AJK…

Posted by Pertubuhan Barakah Malaysia on Sunday, October 13, 2019

Tambahnya lagi, pengetua tersebut memang ada reputasi buruk di sekolah-sekolah yang ditadbirnya sebelum ini. Sebab itu lah mereka mengembleng tenaga untuk mendesak agar jawatan pegetua itu dilucutkan.

Waaah ni memang dah another level dah ni, admin first time tengok macam ni. Bagaimanapun identiti pengetua tersebut masih belum diketahui lagi.

Apa pun sama-sama lah kita nantikan tindakan selanjutnya.

 

Baca : ”Pakai tisu dengan makeup je” – Guru Sekolah Ini Mendapat Pujian Selepas Berjaya Membuat Solekkan Seperti Melecur.

Melecur

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.