in

“Solat tarawih macam mana pulak?” – Kerajaan Negeri Sembilan Batalkan Bazar Ramadan Tahun Ini

Feature 4 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan tempoh perintah kawalan pergerakan telah pun dilanjutkan sehingga 14 April nanti, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah sambutan bulan ramadan kita pada tahun ini. Macam mana lah kita nak sambut hari raya jugak kan? 

Di Negeri Sembilan, kerajaan negeri itu telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar ramadan di negeri tersebut berikutan wabak Covid-19, lapor Sinar Harian.


N9

Menurut Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, pembatalan bazaar itu merupakan tindakan tepat kerana ruang terbuka seperti ini boleh mendedahkan orang ramai kepada virus itu semula.

Bazaar 1

Namun, peniaga-peniaga bazaar digalakkan untuk menjadi lebih kreatif dengan menjalankan perniagaan mereka di rumah secara online dan cash on delivery (COD).

Walaupun ramai peniaga sedih dan terjejas, namun tindakan adalah untuk memastikan kesihatan orang ramai terjamin.

Festival Ramadhan Putrajaya 2

Ada juga netizen lain yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan solat terawih di masjid.

Namun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara ini masih lagi dalam perbincangan, lapor Harian Metro.

Takpelah, mungkin ni lah masanya untuk kita semua asah skill memasak kita ala-ala Gordon Ramsey kan. 

 

Baca: 7 Perangai Orang Malaysia Kat Bazaar Ramadan

Bazaar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.