7 Perangai Orang Malaysia Kat Bazar Ramadan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Antara perkara menarik yang dinanti-nantikan setiap bulan Ramadan ialah bazar Ramadan sebab masa ni lah macam-macam makanan yang biasanya susah nak dapat, boleh dibeli dekat sini.

Tapi, pengunjung-pengunjung kat bazar ada macam-macam perangai kadang rasa annoyed pulak tengok. Ini 7 perangai orang Malaysia kat bazar Ramadan yang korang biasa nampak.

 

1. Sepanjang perjalanan kat bazar, cakap “sedapnya!”

Gambar hiasan

Ye, betul, makanan dekat bazar tu ada macam-macam jenis dan sedap-sedap baunya, menggoda iman korang. Sebab tu lah ada antara pengunjung yang sepanjang perjalanan dekat dalam bazar tu dan dekat setiap kedai dia akan cakap “sedapnya!”. Korang pun terpaksa dengar je lah dorang ni berteriak perkataan yang sama berulang kali.

 

2. Suka berhenti tiba-tiba di tengah jalan

Gambar hiasan

Kalau orang macam ni jalan depan kita, kadang boleh tercium! Mana taknya, dorang ni jenis jalan lepastu sesuka hati dia je nak berhenti tiba-tiba dan kadang-kadang tu siap berhenti tengah-tengah sampai halang laluan pengunjung lain nak jalan. Orang-orang macam ni lah penyebab bazar Ramadan jadi sesak!

 

3. Berhenti dekat satu kedai lama sangat untuk instastory

Gambar hiasan

Kita tak kisah pun bila pengunjung lain nak membeli makanan mereka daripada kedai dekat bazar tu. Tapi tak payahlah lama-lama bertenggek dekat depan kedai semata-mata nak buat instastory pulak tu.. Hello, orang lain nak membeli okay! Janganlah halang orang lain sebab awak tu sibuk nak berinstastory!

 

4. Semua makanan yang ada kat bazar nak beli

Gambar hiasan

Dalam bulan puasa ni sepatutnya kena tahan nafsu tapi ada jugak jenis yang bila dah tengok macam-macam jenis makanan yang dijual jadi menggila! So, dorang akan membeli semua bendalah yang dorang nampak sedap. Senang je korang nak spot orang macam ni, dorang akan ada banyak plastik makanan yang dibeli dekat tangan. Sampai kadang tak cukup tangan!

 

5. Bila hujan, pakai payung besar sangat dan langgar orang 

Gambar hiasan

Sejak bulan puasa ni, selalu sangat hujan waktu petang. Walaupun hujan, itu langsung tak menghalang rakyat Malaysia nak keluar dan membeli di bazar. So, semua orang pun pakai payung masa dekat bazar. Tapi yelah bukan semua laluan pengunjung dekat bazar tu besar kan. Kalau dah tau tu, janganlah bawak payung besar gedabak untuk pakai sorang. Tak pun jenis yang tak reti nak control payung tu sampai tercucuk kepala orang sekeliling.

 

6. Jejak kasih tengah-tengah jalan

Gambar hiasan

Bazar Ramadan dekat mana-mana pun mesti ramai pengunjung yang datang. Kadang-kadang tu, mesti akan ada antara pengunjung yang terserempak dengan kawan lama lah, jiran rumah lama lah dan masa dekat tengah-tengah bazar tu lah jugak dorang nak berjejak kasih. Yang orang lain belakang dorang ni terpaksalah menyelit antara dorang sebab nak lalu. Be smart and considerate, boleh tak?

 

7. Orang yang bawak motor dekat laluan jualan bazar 

Gambar hiasan

Orang macam ni memang annoying sebab dorang ni selfish, tak fikirkan keselamatan orang lain. Pengunjung di bazar ni terdiri daripada semua peringkat umur termasuklah ada budak-budak kecil yang ikut mak ayah dorang. Penunggang motor yang bawak motor dekat laluan bazar ni kadang-kadang tak perasan budak-budak ni dekat depan dorang dan boleh membahayakan nyawa mereka.

Stres jugak kadang-kadang dengan perangai pengunjung-pengunjung dekat bazar Ramadan ni. Tapi sebab nak beli makanan dekat bazar punya pasal, terpaksalah bersabar dengan dorang. Puasa kan, sabar jelahhhhh…

Macam-macam perangailah!

Baca: “Tergamak cemarkan hari suci dengan parodi yang hina”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.