in

‘Skala Gred SPM’ Viral Bukan Milik Lembaga Peperiksaan -KPM

Skala Gred Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang viral di media sosial adalah milik Lembaga Peperiksaan.


Lapor Berita Harian, kenyataan itu dikeluarkan oleh KPM menerusi akaun Facebook rasmi mereka pada kira-kira jam 11 sehingga 12 malam tadi.

1095273

Menerusi satu kenyataan KPM berkata, ‘Skala Gred SPM’ yang tular itu menggambarkan seakan-akan ia gred permarkahan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020. Hal ini sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan orang ramai terutama sekali para ibu bapa dan calon-calon peperiksaan pada tahun itu.

“Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM,” katanya. 

Susulan itu, satu laporan polis sudah dibuat pada jam 10.31 malam semalam, 11 Jun 2021. Malah, isu terbabit juga telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.

Pic Premiun Spm
Gambar hiasan

KPM dalam kenyataan sama juga berkata posting yang dimuat naik itu mencemarkan imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN PENAFIAN MENGENAI ‘SKALA GRED SPM’ DI HANTARAN FACEBOOK#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Friday, June 11, 2021

Untuk pengetahuan, pada Jumaat lalu, viral di laman sosial Facebook mengenai ‘Skala Gred SPM’ yang disertakan kapsyen, “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A” dan #bilasekolahdipolitikkan.

Skala gred yang tular itu menunjukkan jadual permakahan yang diturunkan. Contohnya, bagi subjek Matematik Tambahan, calon hanya perlu memperoleh skor 50 untuk mendapat gred A-. Manakala bagi subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pula, calon boleh memperoleh gred A sekiranya mendapat skor 66.

Sumber: Berita Harian

Baca: Gred Purata SPM 2020 Catat Keputusan Terbaik Sepanjang Tempoh 5 Tahun- Menteri Pendidikan

Cats 37 E1623463506473

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.