in

“Situlah tidur, situlah makan” – Warga Emas Hidup Sebatang Kara Dalam Tandas Bersaiz 20 Kaki, Bayar Sewa RM900

Uncle Sian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas yang tidak bekerja menggunakan duit simpanan yang dia ada untuk belanja seharian dan membayar sewa sebuah rumah ‘tandas’.


Difahamkan, satu organisasi bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai  “Maintenance Hong Kong Caring Community Service Team” baru-baru ini berkongsi tentang kisah uncle tersebut yang mereka temui di To Kwa Wan District.

Menurut mereka uncle yang berusia 60 tahun itu sebenarnya tinggal berseorangan di dalam tandas hanya berukuran 20 kaki sahaja. Katanya, dia telah bercerai dan lost contact dengan keluarga serta tidak dapat mencari kerja kerana usianya yang tua.

Uncle2

Tiada pilihan, uncle itu hanya mampu hidup dengan menggunakan simpanan yang dia ada. Malah, tandas tempat dia tinggal itu juga dibayar dengan duit simpanan sebanyak 1,700 Yuan (RM900).

Salah seorang sukarelawan yang melawatnya berkata di dalam tandas tersebut ada papan kayu di sebelah bahagian yang digunakan oleh uncle itu untuk mencangkung ketika dia makan.

Dia juga akan gunakan papan kayu yang sama untuk menutup lubang tandas sekaligus menjadi ‘katil’ untuk tidur. Hanya dengan posisi sebegitu dia dapat tidur dalam keadaan badannya terbaring elok. 

Ketika sukarelawan melawat, mereka hanya dapat lihat dari bahagian luar keadaan tempat tinggal uncle tersebut kerana ianya penuh dengan sampah dan beberapa peralatan elektrik seperti periuk nasi.

Uncle1

Uncle3

Terkejut dengan kehidupan uncle itu yang sangat daif, pasukan sukarelawan itu menuntut keadilan daripada ahli perniagaan Hong Kong yang didakwa mengenakan caj sewa yang terlalu tinggi, tak setanding dengan saiz serta ‘bilik’ yang sebenarnya tak patut untuk didiami.

Walaupun bukan berlaku di Malaysia, tapi admin harap ada pihak yang dapat bantu uncle tu atau family dapat jejak dia semula…

Baca: “Sering kelaparan dan hanya makan mi segera” – 3 Beradik Hidup di Rumah Kotor Bersama 13 Ekor Anjing

7.7

Sumber: Apple Daily
Sumber: Apple Daily
Sumber: Apple Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.