Lebih 800 projek sekolah daif di seluruh negara berjaya disiapkan sepenuhnya setakat Jun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperbaiki kemudahan pendidikan demi keselesaan murid dan guru.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan daripada keseluruhan 1,250 projek yang diluluskan dengan kos RM13.8 bilion, sebanyak 173 projek masih dalam pembinaan manakala 264 lagi berada pada peringkat prabina.

Menurut KPM, tempoh pelaksanaan projek berkenaan adalah antara 6 hingga 36 bulan bergantung kepada skop kerja serta keperluan penyediaan tapak.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2027 Lebih Berhemat, KPM Jamin Pengambilan Guru Dan RMT Tidak Terjejas
Artikel berkaitan: KPM Laksana Pelan 11 Langkah Keselamatan Sekolah, Kuasa Rotan Disemak Semula
Kementerian itu turut menjelaskan bahawa jumlah sekolah daif yang dilaporkan adalah bersifat dinamik dan boleh berubah berdasarkan keadaan serta penilaian semasa di lapangan.
KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan terus memantau keperluan dan kebolehlaksanaan pembinaan bangunan gantian bagi memastikan akses kepada pendidikan berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dinikmati murid dan guru di seluruh negara.
Sumber: Buletin TV3
