in

“Sering kelaparan dan hanya makan mi segera” – 3 Beradik Hidup di Rumah Kotor Bersama 13 Ekor Anjing

7.7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak sepatutnya berada dekat dengan ibu bapa namun nasib tiga beradik ini pula sebaliknya.


Tiga beradik yang masing-masing berusia 8, 9, dan 12 tahun ini ditinggalkan bersama bapa saudaranya di Jalan Gambang, Batu 6, Kuantan, di rumah yang kotor dan tidak terurus.

Selain itu, rumah yang mereka diami juga dihuni oleh 13 ekor anjing!

7.4

3 tahun ibunya tak datang jenguk, ayahnya juga jarang pulang

“Difahamkan ibu kepada tiga kanak-kanak perempuan berusia 8, 9 dan 12 tahun itu bekerja di Singapura atau Johor Bahru dan sudah tiga tahun tidak pulang menjenguk mereka, manakala bapa mereka yang dipercayai bekerja di Hutan Kuala Rompin juga jarang pulang ke rumah”Sinar Harian

Dahlah mak ayah dorang jarang jenguk, bapa saudara pula selalu pulang malam.

 

Mereka tidur bersama anjing-anjing di lantai

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Taman Tas, Yeok Kok Bin beritahu, sudah dua kali lawatan dibuat selepas mendapat tahu akan keadaan kanak-kanak tersebut.

“Bila ke sana, kita dapati rumah dipenuhi anjing, berbau busuk dengan najis haiwan dan tidak terurus. Tiga beradik ini tidur di atas lantai bersama haiwan ternakan terbabit.”

7.2

7.1

 

Mereka sering kelaparan dan hanya makan mi segera

Mereka sering makan mi segera sementara menunggu bapa saudaranya yang selalu pulang pada waktu malam.

 

Kerap tak hadir ke sekolah

Menurut Kok Bin, mereka sudah mendapat banyak bantuan namun mereka sering juga tak hadir ke sekolah.

Disebabkan itu, prestasi mereka sangat lemah akibat daripada tertinggal pembelajaran setiap hari.

Kita difahamkan ketiga-tiga adik beradik ini terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke sekolah setiap hari.”

Tambahan pula, ayahnya hanya membekalkan RM50 setiap seorang untuk seminggu bagi membolehkan mereka menampung kehidupan sehari-hari.”

Turut hadir semasa lawatan adalah wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

Chon Siang memaklumkan yang pihaknya sudah menghubungi JKM untuk menyelesaikan masalah tiga beradik ini.

“Saya kesian bila mendapat tahu kanak-kanak ini dibiarkan hidup bersendirian dan selalu dalam keadaan kelaparan.”

Susulan itu, Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin memberitahu pihaknya sudah mengadakan lawatan ke rumah tersebut dan perbincangan dengan bapa saudaranya sedang dilakukan.

Kini, kesemua kanak-kanak terbabit sudah ditempatkan di tempat selamat yang lokasinya sudah dikenal pasti bagi tempoh sementara waktu. Jelasnya, tindakan itu diambil demi kesejahteraan mereka.

Harap-harap lepasni nasib dorang terjaga.

 

Baca : Kanak-Kanak 9 Tahun Di Indonesia Pakai Maskot Untuk Sara Hidup Keluarga

7.5

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.