in

“Simple, comel sangat!” – 6 ‘Home Baker’ Untuk Korang Dapatkan Kek Korea Viral, Ada Yang Jual Semurah RM15!

Cake 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kek adalah pencuci mulut paling ideal untuk sambutan hari jadi atau apa-apa jenis celebrations yang lain. Zaman sekarang ni, memang selalu ada je trend kek yang viral. Contohnya masa mula-mula PKP haritu timbul trend Biscoff Cheesecake sampai semua tempat sold out biskut dan Biscoff spread.


Selain tu, viral juga kek simple dan comel yang diinspirasikan dari Korea. Tak kisah kek tu perisa apa tapi yang jadi trend adalah cara hiasan dan rupa kek tu dari luaran. Kek Korea ini akan dihias dengan buttercream dan di bahagian atas pula dihias dengan buttercream berwarna pastel.

Cake

Kalau dekat Malaysia ni memang jarang nak jumpa kedai kek yang jual kek macam tu, jadi dekat sini admin nak share 6 ‘home baker’ yang ada jual kek korea viral ni.

 

1. Cakes by Imans

 

Memang dah banyak kek viral Korea baker ni hasilkan, korang sendiri boleh tengok dekat Instagram. Memang setiap kali production tu bukan setakat satu, dua tapi banyak dengan berbeza-beza warna dan hiasan.

 

 

View this post on Instagram

Another Kpop cake 6" vanilla sponge cake RM20/6"

A post shared by cakesbyimans (@cakesbyimans) on

 

View this post on Instagram

Kek Boss Baby 1.5kg Combi choc & vanilla

A post shared by cakesbyimans (@cakesbyimans) on

 

Instagram: cakesbyimans

 

2. Mimi Ilyas

 

Tidak menggunakan nama khas untuk bisnes menjual kek ini, tapi melalui Instagram korang boleh nampak Mimi yang berpangkalan di Seberang Jaya ini memang berpengalaman. Dah banyak jenis kek pernah dihasilkan dengan pelbagai jenis hiasan.

Kalau korang bernasib baik, Mimi akan buat promo bila ada apa-apa sambutan khas contohnya bulan lepas ada promo kek Hari Bapa dan semuanya habis terjual.

 

 

 

 

Instagram: mimi_ilyas

 

3. Bakey Bites My

 

Siapa kata kita kena spend duit yang banyak untuk beli kek? Baker ini mendapat perhatian recently lepas ada yang viralkan dekat Twitter pasal kek ala Korea yang dihasilkan semurah RM15!

Sangat sesuai kalau korang nak kek bersaiz kecil dan comel untuk small celebrations atau juga boleh dijadikan hadiah kepada seseorang. Tengoklah kek dia comel je!

 

 

 

 

Instagram: bakeybites.my

 

4. Sugar Pit-Stop

 

Kalau korang orang Johor Bahru, boleh cuba tempah kek dengan baker yang ini. Bila tengok kek-kek yang dah pernah dihasilkan, admin percaya baker ni memang talented.

Selain kek ala Korea tu, korang boleh juga tempah kek kahwin dengan baker ni. Boleh tengok contoh-contoh kek kahwin yang pernah dihasilkan dekat Instagram.

 

 

 

 

Instagram: sugarpitstop

 

5. Lindalicious House

 

Mostly, kek daripada Lindalicious House ini memang cute cute je design dia tau! Baker ini berpangkalan di Gopeng, Perak dan kebanyakan daripada pelanggannya memilih untuk order kek custom made dari dia berbanding design biasa.

Admin yakin, mesti pelanggan tak menyesal sebab cantik kek yang dihasilkan. Kalau dekat KL mungkin admin pun dah order tau! Hehe

 

 

 

 

Instagram: lyndasuhana

 

6. Yom Homemade Cakes

 

‘Rasa setanding harganya’, itu tagline digunakan baker yang beroperasi di Puchong ini. Selain kek viral Korea yang dihasilkan, Yom juga hasilkan kek berbentuk unik contohnya buah durian.

 

 

 

 

Instagram: yom_homemade_cakes

Memang ‘Instagramable’ betul kek ala korea ni kan? Kalau rajin, korang boleh bake sendiri tapi kalau malas terus order je daripada baker dekat atas ini, ikut lokasi korang.

Kalau taknak order kek ala Korea, dorang ada juga jual kek design lain dan boleh buat custom made mengikut permintaan hiasan yang korang nak! So, happy buying!

Baca: 5 #BrowniesKedut Dijual Peniaga Lokal Di Instagram Yang Anda Perlu Cuba

B0

Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.