in

“Kena keluarkan RM50 untuk beli borang?!” – Gadis Dakwa Expo Kerjaya Kedah Tipu Penganggur Untuk Kaut Wang

Expo Kerjaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang sedang menganggur, ekspo kerjaya adalah lubuk emas untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Namun lain pula yang berlaku kepada seorang gadis yang mengaku telah diperdaya oleh pihak penganjur ekspo yang memberi janji manis kepada pengunjung.


Melalui perkongsian di Facebook, MissRenne NJ atau lebih dikenali sebagai Awin mendakwa kunjungannya ke Expo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017 di Hotel Tabung Haji, Kepala Batas pada Sabtu lalu sebagai perkara sia-sia.

Expo 2
sumber: mstar

Ekspo kerjaya yang kononnya menawarkan lebih 5,000 jawatan kosong dari syarikat terkemuka negara telah meminta orang ramai terutama graduan untuk membeli borang permohonan kerja yang berharga RM10 setiap satu. Kenapa kena bayar pulak? 

“Aku tengok punyalah ramai orang dekat luar duduk beratur tengah panas. Aku nampak semua dok pegang borang. Aku tanya dekat seorang budak ni, nak ambil mana borang.

“Aku beratur, pergi ambil dan kembali ke barisan paling belakang sekali untuk beratur. Bermulalah episod sakit hati, sakit kepala, sakit kaki sebabnya aku beratur hampir dua jam! 

“Tiba-tiba ada seorang management dari pihak penipu ini datang dekat dengan aku. Beritahu budak sebelah aku ni, kata dia orang tak paksa pun beli borang yang berharga RM10 untuk SATU BORANG.” 

22045604 1093264870808271 2025743484154709746 N 2
sumber: mstar

Pun begitu, akibat tidak berpuas hati dengan kata-kata pihak pengurusan tersebut, Awin memberanikan diri untuk bertanya.

“Kalau saya beli satu borang saja, berapa percentage saya akan dapat job ini.” 

“Kami tak paksa beli lima borang,” kata pihak pengurusan tersebut tanpa jawapan yang pasti.

Untitled 5
sumber: lowyat. Net

Namun menurut Awin di mStar, luahannya di Facebook tidak bermaksud untuk mensensasikan hal tersebut dan sekadar menjelaskan situasi sebenarnya supaya orang ramai tidak diperdaya atau dianiaya seperti dirinya.

8Cyp3Ve
sumber: lowyat. Net

“Saya pernah pergi banyak ekspo karier sebelum ini tapi inilah kali pertama saya berdepan dengan situasi di mana graduan perlu membeli borang untuk mohon pekerjaan. Macam ekspo karier di KL, lebih besar berbanding di sini tapi saya tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk beli borang. 

“Dari situ, saya menyedari seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan ekspo tersebut. Kasihan dekat mereka yang datang dari jauh sambil ditemani orang tua dan adik-adik kecil yang terpaksa berdiri lama dalam keadaan panas terik,” kata Awin lagi.

Alahai… kalau bayar RM50 tu confirm dapat kerja tak apa juga kan??

Expo 1
sumber: mstar

Menurut Awin yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah, mereka yang hadir ke ekspo tersebut perlu melalui empat jenis sesi yang dikendalikan pihak penganjur.

Apa yang membuatnya sakit hati ialah staf yang bertugas di ekspo tersebut memberitahu borang yang dibeli akan dipos ke syarikat berkenaan kerana mereka adalah wakil bagi syarikat yang terlibat.

“Kat situ pun ada sesuatu yang mencurigakan, kenapa perlu jadi wakil. Sepatutnya syarikat tersebut hadir sendiri untuk menerima borang permohonan kami,” dakwa Awin lagi.

sumber: lowyat. Net

Setelah melepasi empat sesi yang ditetapkan penganjur, ternyata Awin mendapati tiada syarikat besar yang dinyatakan dalam iklan hadir di ekspo tersebut. Yang ada hanyalah gerai jualan kosmetik, makanan dan minuman.

“Kami datang untuk cari kerja bukan mahu beli produk jualan. Ekspo kali ini memang amat mencurigakan. Ia akan jadi pengalaman pahit yang saya akan ingat sampai bila-bila.” 

Entri tersebut telah mendapat 1,722 perkongsian dengan 2,500 likes. Rata-rata netizen bersetuju dengan luahan Awin dan menuduh pihak penganjur hanya ingin mengaut keuntungan di sebalik ekspo kerjaya tersebut.

Job Fair Tipu
sumber: facebook

Hati-hatilah dengan penganjur job fair yang minta bayaran seperti ini. Mana ada job fair minta wang kepada penganggur. Jangan mudah terpedaya guys!

Baca: Boy Iman Dituduh Menipu Orang Ramai, Jual Rumah Harga RM200,000 ke RM50,000

Dbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.