Side Mirror Kenderaan Kena Tendang Konvoi VVIP Sebab Tak Bagi Laluan?

Nampaknya isu mengenai ‘geng vvip’ di atas jalan ini semakin menjadi-jadi apabila ada yang mengatakan sikap mereka semakin keterlaluan sehingga melakukan kekasaran kepada kenderaan lain.
Perkara ini didakwa terjadi kepada pengguna Twitter @FannnF sendiri apabila menurutnya konvoi VIP telah menendang cermin sisi keretanya dan berlalu pergi.
“VIP Konvoi ni cuba nak rosakkan kereta saya sebab saya tak pergi lane kiri. Tak tahu lah guard atau polis yang tendang side mirror saya.”
Dakwanya lagi, trafik juga diarahkan untuk tukar ke barisan kiri secara mengejut dan bahaya, disebabkan perkara ini, dia mempersoalkan hal ini kepada pihak PDRM terhadap sikap mereka yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan lain.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan kejadian ini berlaku di Lebuhraya Elite, berhampiran dengan jalan keluar ke Bandar Saujana Putra.
This VIP convoy try to damage my car because im not going to the left lane. I dont know is it police or body guard who hit my side mirror. The traffics also dangerously tell to change lane last minutes and expect us to just go to the left lane and that can make me hit other car. pic.twitter.com/H0PtzxXjav
— Irpanos (@FannnF) February 14, 2022
Luahan kemarahannya itu telah mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 10K jumlah retweets sejak ia mula dikongsikan semalam. Ramai juga yang kongsikan pengalaman seakan sama yang lelaki ini hadapi.
Tepuk side mirror – Netizen

Sebelum ini satu video tular dikatakan berlaku kemalangan gara-gara ‘diarahkan’ beri ruang kepada golongan VIP.
Wallahualam, mungkin nanti akan ada penjelasan dari pihak yang berkaitan.
Baca : Nak Beri Laluan Kepada VIP Punya Pasal, Dua Kereta Kemalangan Sebab Polis Tahan Mengejut?




