in

Sibuk Nak ‘Membawang’, Tak Pasal-Pasal Kepala Sangkut Di Pintu Rumah Jiran

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah anda tergolong dalam kumpulan makcik atau pakcik bawang? Suka bergosip tak kira masa, di mana jua?


Jaga-jaga! Manalah tau sibuk nak menyibuk hal orang tapi sendiri pula yang tersepit.

Kepala tersangkut 5 jam di rumah jiran

Seorang wanita dari La Virginia, sebuah bandar di barat Colombia tersangkut di pintu pagar rumah jirannya selepas cuba memeriksa sama ada jirannya ada di rumah ataupun tidak.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu tersangkut di jeriji besi rumah itu selama 5 jam.

13916980 7067529 Image M 3 1558713205956
sumber: facebook
Ada yang kata dia cuba memeriksa sama ada jirannya dah pulang ke rumah atau tak, tak kurang juga yang melaporkan dia cuba berbual-bual dengan jiran sebelum tersangkut.

Polis, bomba tergelak masa tolong selamatkan

Dalam gambar yang viral di media sosial seluruh dunia, wanita tak dikenali itu memakai pakaian berwarna putih sambil cuba dibantu oleh polis dan jabatan bomba tempatan.

13916978 7067529 Image M 4 1558713217946
sumber: facebook
Kelakarnya, mereka pun tersengih-sengih waktu nak membantu wanita berkenaan kerana menganggap situasi itu sangat melucukan.

Kehadiran wanita itu disedari jiran terbabit sebelum menghubungi pihak bomba.

Dia juga berjaya diselamatkan selepas bomba memotong jerisi besi berkenaan, selepas terperangkap selama lima jam.

“Ni bawang holland ni..besar tapi tak berapa berguna”

Kelakar kalau nak diikutkan kisah wanita ini. Tapi pintu kan ada, sibuk nak mengintai celah-celah pagar rumah orang tu dah kenapa?

Makcik Bawang
sumber: facebook
Sondol jangan sebarang sondol, mengendap jangan sebarang mengendap. Tersangkut kepala, apa pun tak boleh!

Baca: Di Media Sosial, Pasti Korang Akan Jumpa 5 Jenis ‘Makcik/Pakcik’ Bawang Ni Kan?

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.