in

Siasat ‘Pagar Zink Biru’ di Lebuhraya Salak, Netizen Terkejut Jumpa ‘Kubur Kereta’

Kereta Tersadai Salak Highway

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang tinggal di KL pernah lalu tak Salak Expressway di Cheras berdekatan Taman Connaught yang mana korang akan lihat di tepi lebuhraya tu, ada satu penghadang zink berwarna biru di sepanjang tepi jalan?


Kalau dilihat betul-betul, korang boleh nampak ada lambakan kereta di sebaliknya tapi apa sebenarnya yang ada di sebalik pagar zink biru itu?

 

“Saya buat reseach guna Google Maps dan jumpa ini…” 

Seorang pengguna TikTok bernama @heartpatrick yang sering tertanya-tanya akan hal tersebut kemudian telah membuat siasatannya sendiri menggunakan Google Maps.

Dari ‘aeriel view’ kawasan tersebut, dia telah menjumpai imej lambakan kereta yang diletakkan di atas satu sama lain di sebalik pagar zink tersebut.

@heartpatrick

Searching for Bumblebee ?????? #tiktokmalaysia #abandoned #abandonedplaces #cargraveyard

♬ Scary – Background Sounds

“Macam perkuburan kereta” 

Imej yang diperolehinya itu boleh dikatakan agak menarik sehinggakan ada di kalangan netizen menamakan kawasan tersebut sebagai ‘perkuburan kereta’. Wah! 

Menurut netizen di ruangan komen juga, kawasan tersebut sebenarnya agak terkenal kerana sering berlaku kemalangan hampir setiap hari di situ.

Malah ada juga yang mengatakan kawasan itu sebagai kawasan ‘deport DBKL’ yang mana kereta terbengkalai lama akan diletakkan di situ. Oh baru admin tau pasal ni… 

Kubur Kereta

Agak-agak berapa lama ye kereta-kereta tu nak tersadai kat kawasan tu? Makin lama makin banyak min tengok. 

Baca: Nak Beri Laluan Kepada VIP Punya Pasal, Dua Kereta Kemalangan Sebab Polis Tahan Mengejut?

Accident

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.