“Siapa yang marah pasal cadangan nak tapis Netflix tu, tak sayang budak” – Respon CEO Aflix Buat Netizen Bengang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memandangkan isu mengenai tapis isi kandungan Netflix ini semakin melarat, ia membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aflix, Mohd Fadzil Hashim terpanggil untuk berikan respon.

 

Siapa yang marah pasal cadangan nak tapis Netflix tu, tak sayang budak”

Hari ini, Mohd Fadzil memberikan keterangan kepada The Malaysian Insight berkenaan dengan  isu tersebut, kenyataan singkat yang diberikan itu telah mengundang kemarahan warganet.

Ada yang menyifatkan sikapnya yang insecure dengan perniagaan sendiri dengan cara condemn perniagaan lain.

Terjemahan : Jadi pasaran anda untuk Aflix adalah menyediakan platform untuk hiburan keluarga! Tak perlu nak suruh tapis Netflix, melainkan anda tak yakin dengan perniagaan anda itu sebablah guna taktik yang kurang bijak (Sumber : The Malaysian Insight)
Terjemahan : Tetapan ibu bapa adalah contoh lebih penting daripada mengawal apa yang mereka akan belajar kelak. Bagaimanapun anda patut berterima kasih kepada netflix..Anda takkan dengar Aflix sampai sekarang. (Sumber : The Malaysian Insight)
Terjemahan : Banyak lagi benda diluar sana yang boleh mempengaruhi kanak-kanak dan ibu bapa perlu tunjuk hala tuju yang betul. Netflix terbuka kepada bermacam jenis gajet dan boleh ditonotn oleh seseorang tanpa perlu ada yang pantau. Jadi, ia kawalan daripada diri sendiri.  (The Malaysian Insight)

Ada betul juga yang mereka katakan, Michael Ang sendiri ada beri satu kenyataan yang cadangan untuk tapis Netflix ni memang tak relevan.

 

Macam-macam lagi platform lain diaorang boleh tengok – Michael Ang

Sharifah Amani sendiri ada bagi pendapat pasal isu ni.

 

Baca : “Banyak lagi masalah industri perfileman” – Sharifah Amani Pesan FINAS Isu Industri Lebih Penting Daripada Netflix

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?