in

“Banyak lagi masalah industri perfileman” – Sharifah Amani Pesan FINAS Isu Industri Lebih Penting Daripada Netflix

Ahmadidham2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kehangatan isu Netflix yang dibangkitkan oleh CEO FINAS, Ahmad Idham itu telah mengundang kemarahan orang ramai, Sharifah Amani tampil buka mulut.


Sebagai penggiat seni yang sudah lama dalam industri perfileman tempatan, pelakon yang terkenal menerusi Sepet ini menyifatkan isu Netflix itu hanya isu remeh dan tak patut di bahaskan.

 

Letihlah… Banyak lagi masalah industri perfileman yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan penyelesaian”.

Ketika ditanya perihal isu ini oleh Harian Metro, Amani jawab kawalan terhadap isi kandungan digital seperti Netflix sudah sedia ada dalam platform penstriman itu dan ia terserah kepada individu terbabit untuk mengawasinya.

Netflix sudah mempunyai tetapan untuk mengawal sendiri isi kandungan yang mahu ditonton. Jadi, kita mempunyai kuasa memilih program yang bersesuaian untuk tontonan. Jika susah sangat untuk dilakukan, jangan melanggan. Banyak lagi platform penstriman lain yang sesuai untuk tontonan”

Tambah Amani lagi, Ahmad Idham sepatutnya mengutamakan isu lebih lebih besar yang sedang menyelubungi industri hiburan tempatan.

Katanya lagi, isu yang dibangkitkan itu tidak akan kemana-mana, apatah lagi, ia pernah diusulkan dahulu, terutama berkaitan kandungan program yang disiarkan menerusi televisyen.

Lebih baik FINAS cuba selesaikan masalah industri berkaitan royalti, bajet dan sebagainya.”

Katanya, dia buntu dan risau terhadap apa akan jadi jika terus berada di takuk lama. Negara lain sudah maju, tetapiorang kita  masih bercakap mengenai isu yang, remeh dan boleh diselesaikan sendiri masyarakat.

 

Baca : “Kalau kerajaan ban Netflix, i nak baring depan FINAS” – Sharifah Sakinah Minta FINAS Jangan Kacau Netflix

Finas 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.