in

Kes RCI Tabung Haji: Bekas CEO & CFO Syarikat Badan Berkanun Ditahan SPRM

Ft Sprm Ceo Cfo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat milik sebuah badan berkanun berikutan dengan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang didedahkan kerajaan baru-baru ini.

Kedua-dua individu yang berusia 68 dan 60 tahun itu telah ditahan kerana menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham 2 syarikat perladangan yang bernilai RM370 juta.


Artikel berkaitan: Rugi RM10 Bilion? Laporan RCI Tabung Haji: 6 Rumusan Penting Rakyat Perlu Tahu

Artikel berkaitan: RCI Dakwa Kakitangan TH Dapat Bonus 2-13 Bulan Ketika Sedang Hadapi Isu Kewangan

Mereka berdua telah ditahan pada jam 6.30 petang semalam semasa hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Namun begitu, suspek sudah dibebaskan malam tadi kerana mempunyai masalah kesihatan dan hadir semula ke SPRM pada jam 10 pagi tadi untuk menyambung percakapan.

Memetik laporan Berita Harian dan Harian Metro, penahanan itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dan katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Screenshot 2026 08 05 114702

Sebelum ini, dilaporkan bahawa terdapat 2 individu pertama yang membabitkan pengarah syarikat dan bekas pengurus ladang ditahan susulan siasatan khas ditubuhkan SPRM menyemak serta meneliti hasil Laporan RCI Tabung Haji.

Pengarah sebuah syarikat reka bentuk yang bersuaia 50-an ditahan jam 7.30 malam kelmarin semasa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Difahamkan, dia ditahan kerana disyaki merasuah sebanyak RM300,000 kepada seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) daripada sebuah badan berkanun sebagai balasan untuk mendapatkan projek bernilai keseluruhan kira-kira RM8 juta.

Dalam pada itu, suspek kedua yang juga seorang bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah kerana disyaki menyeleweng kontrak bernilai kira-kira RM8 juta.

Suspek kedua yang dipercayai menyeleweng projek pembekalan anak benih di 2 syarikat perladangan yang juga anak syarikat kepada badan berkanun tersebut antara 2015 hingga 2017.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.