in

“Siapa tinggalkan?” – Mayat Warga Emas 60-an Dijumpai Dalam Pekarangan Masjid di Taman Keramat

Mayat Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mayat seorang wanita berusia 60-an ditemui di pekarangan Masjid Taman Keramat, Ampang selepas solat Subuh hari ini, lapor Berita Harian.


Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, tiada kesan kecederaan fizikal yang dikesan pada tubuh wanita terbabit.

Mayat5
sumber: facebook

Wanita itu juga dipercayai merupakan warga asing dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayatnya.

Ditemui lengkap berpakaian baju T shirt hitam serta berkain batik, wanita tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Ampang.

Hasil semakan polis mendapati sebuah kereta Perodua Alza putih dikesan memasuki kawasan masjid pada jam 4.24 pagi tadi dan keluar selang tiga minit kemudian.”

Setakat ini pihak polis percaya bahawa kereta Alza itu digunakan untuk membawa mayat terbabit ke kawasan masjid.

Mayat4

Mayat3
sumber: facebook

Mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi membolehkan pihak polis mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Buat masa ini, penemuan mayat tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan polis menggesa orang yang mempunyai maklumat untuk hubungi Balai Polis Hulu Kelang ditalian 03-42573322 bagi membantu siasatan.

Baca: “Takkan tak check langsung” – Wanita Dari Sabah Tak Perasan Dah 4 Hari Tinggal Dengan Mayat Roommate

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.