in

“Dia cakap dekat mak kena bayar RM30” – HSAJB Beri Penjelasan Isu Individu Minta Caj Ketika Daftar Pesakit

Syaz Ft 2026 04 22T120943.416

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial mengenai tindakan seorang individu yang didakwa meminta bayaran pendaftaran secara mencurigakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Hantaran yang dimuat naik oleh pengguna bernama rajanurfarizah_ itu menceritakan detik cemas dan pelik yang dialami ibunya ketika ingin mendaftarkan bapanya masuk ke wad.


Menurut mangsa, seorang wanita yang duduk di sebuah meja berhampiran kawasan pendaftaran telah meminta bayaran sebanyak RM30 bagi tujuan kemasukan wad.

Artikel berkaitan: “Aik, baru upload penutupan bangunan” – Scammer Minta Bantuan Kantoi Lepas Hospital Tampil Bagi Respon

Artikel berkaitan: Doktor Pelatih 29 Tahun Ditemui Maut Di Asrama Hospital Sultan Ismail Petra

 

View on Threads

 

Apa yang menimbulkan keraguan adalah apabila individu tersebut didakwa terus memasukkan wang RM50 yang diberikan ke dalam poket seluarnya dan memulangkan baki juga dari poket yang sama tanpa mengeluarkan sebarang resit rasmi atau surat kenyataan.

Susulan penularan hantaran tersebut, pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSAJB) tidak melengah masa dan terus tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan keadaan. Pihak hospital menegaskan bahawa individu yang dinyatakan dalam hantaran tersebut sebenarnya bukanlah petugas hospital dan perkara ini kini telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Cats 22

Dalam masa yang sama, pihak HSAJB menasihatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan hanya melakukan sebarang urusan bayaran deposit di kaunter hasil yang sah sahaja. Paling penting, setiap pesakit atau waris perlu memastikan resit rasmi dikeluarkan bagi setiap transaksi bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.