Sekarang ni semua orang tengah syok melayan cerita seram The Nun atau Munafik 2 yang ditayang kat wayang.
Yelah, banyak juga review orang bagi sampai buatkan kita pulak rasa nak tengok juga. Dan mestilah tengok cerita seram paling best waktu malam. Baru terasa lebih seram!
Tapi kalau dah sampai takut sangat tengok cerita tu, tak ke susahkan orang lain?
Seat F17, GSC Times Square.. Bau Hancing!
Korang kalau takut sangat tengok cerita seram, pernah tak terasa macam nak terkencing tapi takut nak bangun dari kerusi tu sebab takut pergi sendiri dan gelap kat luar?
Kot iye pun takut, boleh tak tolong jangan kencing kat kerusi?
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Come on guys, masing-masing dah besar panjang kot. Cerita ni pun khusus untuk P13, penonton berusia 13 tahun ke atas!
Isu yang hangat diperkatakan ni dipercayai berlaku di Hall 9, Seat F17, GSC Times Square.
Sumber: Twitter
Pihak GSC Times Square Dah Tukar Seat
Nasib baiklah pihak pengurusan GSC Times Square ambil langkah cepat dengan menukar kerusi tu untuk keselesaan para penonton.
Sumber: Twitter
Jadi dinasihatkan, sebelum tengok wayang pastikan korang pergi ke tandas dulu. Bukan saja untuk keselesaan korang tapi orang lain juga.
Takkan nak suruh pakai lampin pakai buang pula, kan? Jijiklah kencing merata-rata.
Baca: Seram Malam Jumaat: 5 Cerita Hantu Hantu Korang Dengar Masa Kecil Dulu