in

“Siapa paling ‘King’ di KL ni?” – Pertembungan Keluarga-Keluarga Gangster Kuala Lumpur Bakal Meletus Menerusi KL Gangster Underworld 2!

Klgu Final 2

Happy ending. Apa itu happy ending? Di dalam ‘kamus’ series KL Gangster Underworld, nampaknya perkataan happy ending ini memang tiada makna sama sekali.

Sekurang-kurangnya, buat Shah ia mungkin bukanlah happy ending yang dia mahukan tetapi ia adalah satu permulaan kepada dunia baru yang bakal dia tempuh bersama Elina dan anak mereka dalam KL Gangster Underworld musim kedua (KLGU S2) ini.

Kl Gangster Underworld2

Kalau musim satu pun dah macam-macam drama dan pembunuhan, musim kedua mesti lagi mantap kan?

 

Mr Siva dibunuh petanda ‘perang baru’ akan datang? 

Yass tekaan korang memang betul sebab selepas kematian Ayah Zan, Shah sebagai pewaris keluarga gangster Kampung Baru kini mengambil alih jawatan ketua gangster tersebut dan memulakan tanggungjawabnya dalam tempoh setahun tanpa ancaman.

Walau bagaimanapun pertemuan tujuh ketua gangster yang diatur oleh Mr Siva, Ketua Gangster Brickfields berakhir tragis apabila Mr Siva sendiri tak hadirkan diri kerana dia dibunuh dengan kepalanya dipancung dan digantung di jambatan dekat jalan raya! Uish gilalah…

Kat sini kita boleh tengok ramai ye muka-muka baru yang mula menonjolkan diri. Macam Ketua Gangster Bangsar. Keith Foo! 

Page 5 4 Stills W863 X H927

Pembunuhan Mr Siva menimbulkan kembali ura-ura mengatakan ada ‘perang baru’ yang bakal berlaku tambahan pula sekarang ni Madam Wong macam ada problem je dengan ‘bisnes’ Golden Triangle yang menjadikan KL sebagai hub mereka.

Sementara itu, Adi yang dahulunya orang kanan Shah pula telah diangkat menjadi Ketua Gangster Cheras menggantikan kekosongan Tauke. Tapi di malam ‘sarung baju’ tu ada dua perkara besar yang dah berlaku!

Page 5 2 Stills W628 X H452

 

Girl power yang mengancam & Shameen dapat ‘dejavu’ pasal Tauke? 

Nampaknya dalam season ni, bukan Madam Wong je girl power yang menyerlah. Kemunculan Suri, adik Mr Siva yang mencari pembunuh abangnya juga boleh tahan hebat.

Itu belum lagi Liyana yang sempat ‘bergocoh’ dengan Shah dan watak gadis misteri yang menjadi pembunuh kepada Mr Siva. Siapa agaknya dia dan apa pulak kaitannya dengan semua yang terjadi ni? Yang paling penting, kita mesti nak tahu siapa yang arahkan dia membunuh dan untuk apa?

Klgu 4

Dalam pada tu, Shameen, kembar si Shah masih lagi trauma dan asyik dilanda mimpi buruk tentang Tauke yang kononnya masih hidup. Tapi… bukan ke Tauke dah MATI? 

Apa-apapun yang buat min berdebar-debar ni, jadi ke majlis kahwin Shah dan Elina? Macam ada ‘sesuatu’ yang bakal memusnahkan hari bahagia mereka. Rasa-rasanya korang pun dapat agak siapa… 

Page 5 3 Stills W863 X H927

 

Musim Kedua rungkai lebih banyak misteri 

Recap sikit apa yang berlaku kat KL Gangster: Underworld musim pertama, series ini apa yang admin boleh katakan ia agak dark dan lebih brutal.

Ia bermula dengan kisah ahli kongsi gelap Kampung Baru bernama Shah yang jatuh cinta dengan Elina, ‘ibu ayam’ milik ketua gangster Cheras, plot ni kemudian membawa kepada perbalahan dan perang besar di antara geng kongsi gelap yang lain.

Klgu 3

Endingnya juga agak mendebarkan bila semuanya disangka indah dan happy ending buat Shah tapi last-last Ayah Zan pulak mati kena bunuh.

Bagi musim kedua pula, kisahnya lebih fokus kepada siapa key players di Kuala Lumpur yang masih ramai tak tahu dengan lebih mendalam. Ada tujuh kumpulan gangster yang menguasai KL dan setiap satunya ada kehebatan serta misteri yang tersendiri.

Malah origin disebalik otai seperti Madam Wong, Ayah Zan dan beberapa watak yang sering disebut-sebut dalam musim ini dan musim lepas juga boleh korang ikuti di series prequel KLGU: Bangkit Berkuasa. Dari situ baru korang tahu power ke tak power Madam Wong ni! 

5Bac4Ad046Ef14C0698Dd1D4

Bagi korang yang baru nak follow series ni, nampaknya korang kenalah ulang kaji semula dari filem KL Gangster 1 dan 2 yang mengetengahkan watak Malek sebagai bekas ketua gangster yang ingin mulakan hidup baru selepas keluar dari penjara. Tapi hidupnya sentiasa tak tenang sebab sering diganggu oleh kumpulan gangster lain dek kerana dosa-dosa silam.

Dah macam Star Wars dengan Games of Thrones pulak ye min rasa. Nah admin kasi timeline khas yang korang boleh follow dari awal hingga akhir pasal francais KL Gangster ni.

Page 3 Timeline Of Klgu Universe W1530 X H2100

So dah rasa membuak-buak nak tonton KL Gangster Season 2?

Kl Gangster Underworld 2

Apa lagi, jom tonton di WeTV secara percuma kalau tak nak terlepas nak tengok gangster dan taiko-taiko kita beraksi! 

Jangan nanti gigit jari je kalau krik krik orang lain sembang pasal universe KL Gangster ye. 

Sumber: My Infotaip