in

“Siapa nak ‘rampas’ KL?” – Teka-Teki Kekecohan Di KL Makin Terjawab, Tapi Hidup Shah Kembali Serabut Dalam Episod Baru KL Gangster Underworld 2!

Klgu S2 Header 2

Pembunuhan, misteri dan kemunculan geng baru. Amacam? Dah mula rasa ‘hangat’ dengan season baru KL Gangster Underworld (KLGU S2) kali ini?

Dalam episod yang lepas, kita dapat lihat bagaimana terkejutnya keluarga-keluarga gangster KL dengan kematian Mr Siva dan beberapa siri pengeboman di sekitar ibu kota tersebut.

Manakala Shah pula yang baru memegang tampuk kuasa sebagai Ketua Gangster Kampung Baru kelihatan masih ‘struggle’ dalam menjalankan tugasannya. Itu belum lagi munculnya wanita-wanita pembunuh misteri yang bikin kacau di KL serta trauma Shameen yang beri hint ada kemungkinan Tauke masih hidup.

Kl Gangster Underworld 2 1

Iye ke masih hidup?? Well… jaga-jaga min cakap siap-siap ye SPOILER ALERT supaya korang yang tak tengok episod baru ni kuciwa nanti haa… 

 

Tauke mati hidup kembali, kuasa Adi mula tergugat!

Ta-da! Bagaikan mati hidup kembali, nampaknya Tauke yang dibenci ramai itu memang masih hidup! Impian Shah dan Elina pula untuk bersanding di atas pelamin berkecai macam tu saja bila Tauke muncul buat kacau.

Image From Ios 9

Dengan munculnya Tauke, Shah bersama Tony M dan Suri mula berspekulasi bahawa Tauke lah di belakang pembunuhan Mr Siva dan pengeboman bersiri di KL. Tapi sebenarnya dorang tak tahu, ada lagi yang lebih berkuasa daripada Tauke. 

Tauke juga tak berseorangan sebab dia nampaknya macam dapat bantuan daripada ketua keluarga kecil iaitu Pandan Indah dan Segambut. Tapi bila Tauke dah kembali, kedudukan Adi pula tergugat semula. Pastinya Tauke nakkan Cheras kembali kan?

Image From Ios 10

Dalam pada masa yang sama, Adi juga dah hampir dengan jawapan bagi kekacauan ni bila dia bertembung dengan budak Pandan Indah yang mana bos mereka pernah bersubahat dengan Tauke dulu. Siapa ‘boss Tauke’ yang dimaksudkan budak tu? Hmm…. 

 

Nyawa Mimi jadi taruhan & siapa Mat Nor sebenarnya ni? 

Dalam episod 3 dan 4 ni, scene lovey dovey antara Shah dan Elina dah makin berkurangan. Elina pun dah makin tak percayakan Shah sampaikan dia minta Mimi, sahabat dia sendiri pergi menyiasat tentang siapa cuba menculik wanita itu tempoh hari.

Siasat punya siasat, Mimi jatuh dalam perangkap! Tak semena-mena dia dibunuh dan pembunuhannya ‘sengaja’ dikaitkan dengan Tauke. Tapi nasib baik Shameen ni bijak orangnya, dia tak mudah terpedaya. Shameen dapat agak ini bukan kerja Tauke tapi kerja seseorang yang lebih licik!

Image From Ios 6

Dalam pada itu, sedikit demi sedikit sikap hitam Mat Nor lakonan Namron mula terbongkar. Kalau sebelum ni nampak dia kamcheng dengan Shah dan hanya ‘menumpang’ di Kampung Baru untuk buka kononnya kilang tepung, well I guess you’re wrong! Dia ada rancangan besar untuk KL! 

Page 2 Mat Nor Profile W480 X H715

Macam mana pun yang buat min tak sedap hati ni, saat Shah dan Tony M bergelut dalam mencari kebenaran, ada orang pulak kacau Elina dan Cahaya. Semuanya kian memuncak bila kereta yang dipandu Elina kemalangan dan menjunam ke sungai! Alamakkk… 

 

Episod 5 & 6 bakal bongkar apa Mat Nor mahu dan nasib Cahaya?

Apa yang admin boleh katakan, watak Mat Nor ni memang sesuatu sangat dan kaitannya dengan gadis misteri yang jadi pembunuh upahan tu menampakkan sisi hitam yang sebelum ni kononnya ‘orang kuat masjid’.

Page 5 6 Stills W628 X H452

Walau bagaimanapun, yang buat kita tak sabar-sabar nak tahu, apa nasib Cahaya, anak Shah dan Elina? Adakah dia berjaya diselamatkan atau menjadi korban kerakusan gangster-gangster Kuala Lumpur ini?

Dalam masa yang sama, kita semua mesti menantikan Madam Wong yang sudah sekian lama senyap di Manila untuk kembali menghulurkan bantuan kepada Shah dan yang lain-lain.

Ready dah nak tengok episod 5 dan 6? Tunggu next week ya di WeTV! 

Page 8 Full Poster Of Release Dates W1530 X H2100

Apa-apapun, jom stream episod 1 hingga 4 secara percuma di WeTV dan ketahui apa yang berlaku kepada Shah dan gangster-gangster lain yang dah tak sabar nak berperang! 

Wuish plot KLGU S2 makin hangat! Dah tak sabar min nak tahu apa yang jadi selepas ni!

Sumber: Babab.net