in

“Siapa kata bulan tak lari dikejar?” Petugas Pesta Panik ‘Bulan’ Bergolek Atas Jalan

Bulan Bergolek Jalan Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasa kita selalu dengar ayat ‘bulan takkan lari kalau dikejar’ yang selalu diucapkan untuk menenangkan kawan-kawan yang baru terputus hubungan atau mendapat berita kurang baik tentang mendapatkan sesuatu.


Namun, kata-kata itu mungkin dah tak valid lagi selepas ini apabila suatu kejadian ‘bulan jatuh dan berlari’ yang dirakamkan di wilayah Hunan, China ini.

Dikhabarkan, insiden tersebut berlaku berdekatan dengan tapak pesta sambutan musim luruh di sana dan menerusi video tersebut, kelihatan dua orang pengawal yang dipercayai petugas di pesta berkenaan berlari mengejar sebuah belon gergasi berbentuk bulan berkenaan.

Bulan Bergolek

Menerusi rakaman, dua pengawal berkenaan kelihatan panik sambil berlari untuk mendapatkan semula ‘bulan’ yang bergolek di tengah jalan raya berkenaan untuk mengelakkan kecelakaan berlaku kepada pengguna laluan berkenaan.

Difahamkan, walaupun bersaiz agak besar namun ‘bulan’ berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan kepada persekitaran kerana ianya agak ringan.

Pesta Sambutan Musim Luruh atau turut dikenali sebagai Pesta Bulan atau Pesta Kek Bulan berkenaan merupakan acara tahunan yang sering disambut pada hari ke-15 pada bulan lapan dalam kalendar lunar atau biasanya berlangsung pada September atau awal Oktober setiap tahun.

 

Untuk pengetahuan, selain di China, sambutan ini turut disambut oleh beberapa buah negara lain di Asia. Jika di China, ia ibarat perayaan Thanksgiving dimana seluruh ahli keluarga akan berkumpul untuk makan beramai-ramai manakala di Vietnam, ianya lebih seperti hari sambutan kanak-kanak.

Perayaan Mid Autumn Festival ini juga merupakan perayaan kedua terpenting di China selepas Tahun Baru Cina. Kebiasaannya, mereka akan berkumpul untuk upacara makan malam, menyalakan tanglung kertas, memakan kek bulan dan lain-lain.

Sumber : Metro UK

Baca : “Macam dalam filem sci-fi”- Penduduk Di China Digemparkan Dengan Pancaran Aneh Seakan Cahaya UFO

F1 Flying Ob

Sumber: 9gag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.