in

“Macam dalam filem sci-fi”- Penduduk Di China Digemparkan Dengan Pancaran Aneh Seakan Cahaya UFO

F1 Flying Ob

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

UFO atau unidentified flying object selalunya hanya muncul dalam filem sains fiksyen seperti dalam filem The Phenomenon dan Close Encounters of the Third Kind. Setakat ni, kewujudan UFO di dunia nyata juga belum dapat dipastikan kesahihannya sebab filem-filem macam tu pun hanya rekaan semata-mata.


Namun, kali ini, penduduk di bandar Shenyang, China digemparkan dengan pancaran cahaya aneh seakan dari UFO di kawasan lapangan terbang bandar itu. Menurut The Sun, fenomena pancaran cahaya pelik itu sempat dirakam oleh penduduk yang sempat melihat kejadian itu.

Flying Ob 3

Dapat dilihat dalam video yang tular tersebut bahawa pancaran cahaya itu menjulang di atas sebuah bangunan tinggi. Setelah tular, pelbagai teori telah timbul sehingga ada yang beranggapan bahawa cahaya tu mungkin berasal dari ‘dunia lain’.

Tidak kurang juga ada yang berspekulasi bahawa itu mungkin teknologi daripada makhluk asing atau pun sejenis hologram.

Flying Ob 2

Namun, pengguna di Reddit pula menyangkal teori tak masuk akal seumpama itu dan ada yang kata itu mungkin hanyalah pantulan dari cahaya matahari yang terkena bangunan tinggi tersebut.

Boleh tengok video tersebut di New York Post ini.

Walau bagaimanapun, cahaya yang disangka berkaitan dengan makhluk asing itu bukanlah UFO sebab Xia Chuandong yang merupakan seorang ahli meteorologi di sana menjelaskan bahawa kejadian seumpama itu berlaku disebabkan awan tebal yang melindungi bangunan itu.

Jadi, wap air di udara kemudiannya telah mengakibatkan pancaran cahaya matahari menyebabkan kesan aneh sedemikian.

So, cahaya tu tak ada kaitan pun la sebenarnya dengan UFO atau makhluk asing. Sebab tu jangan percaya sangat dengan teori konspirasi ni. 

Sumber: New York Post, The Sun 

Baca: “Mungkin meteor, mungkin UFO”- [VIDEO} Rakaman CCTV Letupan Misteri Di Pulau Pinang

Flying Ob 1

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.