in

“Mohon doa dan kata-kata yang baik” – Rossa Orang Pertama Iqbal Jumpa Sebaik Tiba Di Indonesia

Page Iqbal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan kontroversi, Iqbal yang kini bergelar penyanyi selepas melancarkan singlenya iaitu Hujan memutuskan untuk membawa diri ke negara seberang, Indonesia buat seketika.


Sebaik sahaja Iqbal tiba di Indonesia, penyanyi terkenal dari negara tersebut iaitu Datuk Rossa merupakan orang pertama yang dijumpai.

Pertemuan mereka berdua dikongsikan melalui posting terbaru Iqbal di akaun Instagramnya @ahmadiqbalzulkifli. Mereka berdua dikatakan berjumpa ketika majlis pratonton bagi filem Love Knots.

Disebabkan perkongsian gambar tersebut di Instagram Iqbal, ramai yang memberikan komen di gambar tersebut kerana tidak menyangkakan Iqbal begitu bertuah dapat bertemu dengan Rossa.

Komen 1 1

Bukan itu sahaja, turut ada yang meninggalkan komen-komen nakal dengan mengusik bahawa Iqbal sudahpun jumpa dengan jodoh sebenarnya di Indonesia. Amboi korang… Suka betul menyakat ehh…

Komen 2 1

Sebelum ini, Iqbal telah berkongsikan video di Instagramnya untuk memberitahu tentang ‘pemergiannya’ ke Indonesia. Dengan berkapsyenkan ‘Selamat Tinggal Malaysia’, Iqbal memaklumkan bahawa dia akan membawa dirinya walaupun hanya atas urusan kerja.

Dia juga berterima kasih kepada sesiapa yang telah menyakiti dirinya dan juga untuk yang telah memberikan sokongan serta doa yang tak putus-putus. Iqbal mengharapkan pemergiannya ke negara seberang itu dapat menemukan dirinya dengan seseorang yang boleh membahagiakannya.

Terbaru di Instastories Iqbal, dia turut kongsikan beberapa video dan gambar dirinya bersama selebriti Indonesia lain yang turut hadir ke majlis pratonton bagi filem Love Knots semalam.

Semoga segala urusan dimudahkan untuk Iqbal ya.. Jangan lama sangat bawa diri tu okay?

Baca: “Menggeletar tangan saya” – Iqbal Terkilan Gambarnya Disunting Jadi Model Seluar Dalam

Untitled 2 15

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.