Kalau zaman dulu para ibu menggunakan tungku batu untuk memanaskan perut semasa berpantang, zaman sekarang kita ada bermacam-macam jenis produk untuk memudahkan para ibu sekalian.
Namun malang bagi seorang ibu ni apabila tungku moden berbentuk bantal yang digunakannya baru-baru ni meletup dengan tiba-tiba dan nyaris mengenai bayi baru lahir. Allahuakhbar!
“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung… meletup dekat baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi”
Menerusi perkongsian Farah di Facebook, mangsa katanya hampir nak putus nyawa dan tercabut jantung apabila tungku moden yang digunakannya tiba-tiba meletup dengan begitu saja.
Lebih menakutkan, tungku tu pulak berada dekat dengan bayinya namun mujurlah bayi itu diselamatkan oleh si atuk yang bangun dari sofa dan mengambil cucu yang menangis.
“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung… meletop dekat baby.. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi..
“Baby nangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Kalau tak, jarak dengan baby tak sampai sejengkal… Terpercik jugalah kat baby.. Tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.. Alhamdulillah Tuhan nak tolong lagi..
“Nak moden sangat la guna tungku bantal moden… tengah cas nak bagi panas sekali meletup… nak kata lama baru on plug.. tak sampai 5 minit pon. Apa benda cecair dalam ni, basuh pon tak tanggal… Bahaya. Siapa ada, jangan gunaaa dahh. Buang jer!”
“Ya memang bahaya. Saya pun pernah kena. Baru charge je dah nak meletup”
Nampaknya bukan Farah saja yang alami masalah ini dan hampir membahayakan bayi yang baru lahir. Rupanya ada beberapa netizen juga alami situasi yang serupa. Tungku moden yang dibeli meletup atau nyaris meletup tapi mujurlah tak kena bayi.
Admin harap pengguna tungku moden jenis macam ni kat luar sana tu berhati-hatilah. Lebih baik periksa dulu sama ada tungku yang digunakan tu ada kelulusan atau tanda sirim ke. Takutlah kalau tiba-tiba meletup lepas tu terkena bayi.
Baca: “Dapat tetanus sat gi, baru tau!” – Viral Air Dalam Tin, Ramai Tak Tahu Bahaya