in

“Dapat tetanus sat gi, baru tau!” – Viral Air Dalam Tin, Ramai Tak Tahu Bahaya

Susu Tin Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Famous dah air Tin Kopi Penang ni kat Facebook dan Twitter.



Sebabkan keunikan bekas air yang digunakan untuk pelanggan, ramailah orang tertanya-tanya kat mana lokasi kedai ni.

Tak takut ke tertoreh tajam?

Dulu-dulu, agak common jumpa orang berniaga jual air dalam tin macam ni.

Tapi mungkin dah tak ramai amalkan sebab fikir faktor kebersihan dan keselamatan. Dan memang betul, ramai yang risau.

Susu Tin 6
sumber: twitter

Jauh betul imagination ko dik, seram pulak fikir kalau ada yang berdarah-darah luka minum kat situ.

“Tin tu basuh ke tak sebelum buka?”

Tapi bukan dia seorang je yang risau atau tertanya-tanya. Ramai lagi sebenarnya.

Sebab macam yang semua orang tahu, tin ni kan sifatnya mudah berkarat dan kemik. Kalau guna banyak kali, tak ke bahaya?

Susu Tin 1
sumber: twitter
Susu Tin 3
sumber: twitter
Susu Tin 4
sumber: twitter
Susu Tin 2
sumber: twitter

Tin susu pakai sekali saja

Sebabkan ramai sangat yang risau, jadi ada orang yang tanyakan sendiri kepada pemilik kedai tentang tahap kebersihan dan keselamatan berniaga guna tin tu.

Menurut kata pemilik, Michael, tin ni dipakai sekali saja dan jumlahnya terhad.

Susu Tin5
sumber: twitter

Jadi, dah bolehlah tarik nafas lega kalau ada sesiapa yang nak tahu tu kan?

Bagi sesiapa yang teringin nak cuba atau berjumpa sendiri owner ni, bolehlah terus ke Kedai Kopi Bobo.

46736169 2148452228738617 8363438864580214784 O
sumber: facebook

Tin Kopi Penang ni dah lama dah ada kat kawasan Taman Lip Sin di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Korang cuma perlu waze je lokasi dan nanti jumpalah di kawasan flat berdekatan situ.

Baca: Ayam Goreng Kunyit Sedap & Murah di Tengah Bandar KL!

Screenshot 2018 12 02 Ayam Goreng Kunyit Sedap Murah Di Tengah Bandar Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.