in

Siap Sedia Ejen Semua, Ejen Ali The Movie 2 Kini Dalam Pembikinan!

Cats 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ejen Ali bukanlah satu nama yang asing lagi di Malaysia. Jika penduduk Amerika Syarikat menjadikan Superman sebagai simbol adiwira mereka, di Malaysia kita ada Ejen Ali yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa.


Pada tahun 2019, Ejen Ali The Movie telah berjaya memecahkan rekod filem animasi Malaysia dengan mengutip RM30.05 juta. Jumlah kutipan ini meletakkan filem animasi ini pada tangga ketiga dalam senarai kutipan tertinggi filem Malaysia, sekaligus menewaskan filem PASKAL dan Munafik.

Xxx

Berita baik buat semua peminat Ejen Ali, pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali, Usamah Zaid ada berkongsikan beberapa gambar di laman Instagram miliknya berkenaan pembikinan filem kedua animasi itu.

1 22

2 19

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, tajuk sebenar dan tarikh tayangan masih lagi belum didedahkan. Melihatkan industri pawagam yang semakin tenat, mungkin filem ini akan ditayangkan apabila pandemik Covid-19 ini reda.

Buat anda yang masih belum tonton filem animasi Ejen Ali yang pertama, anda boleh tonton di Netflix.

Hantaran asal:

 

BACA‘Boleh tonton tanpa rasa blur’ – Sedikit Panduan Asas Pasal Kisah Ejen Ali Yang Perlu Tahu Sebelum Tonton Versi Movie

Capture 38

Sumber: Wikipedia
Sumber: usamahzaid
Sumber: usamahzaid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.