Setiap kali guru sekolah memberikan tugasan berkaitan projek seni ikon kerjaya, lazimnya jawapan popular dalam kalangan murid adalah tokoh ternama seperti negarawan, doktor, angkasawan mahupun atlet sukan negara.
Namun, berbeza pula dengan gelagat seorang kanak-kanak lelaki bernama Ali yang mencuri perhatian ramai apabila membuat pilihan ‘out of the box’ dengan memilih seniman legenda, Datuk M. Nasir sebagai ikon kerjaya pilihan baginya.
Kisah mencuit hati itu dikongsikan oleh bapanya menerusi akaun Threads (@/fatahfatah), di mana beliau menceritakan situasi sebenar di balik keputusan anaknya itu.
Artikel berkaitan: “Lagenda kembali!” – Dato’ M. Nasir Kembali Dengan Konsert CIPTA 4, Peminat Dah Boleh Mula Menabung!
Artikel berkaitan: “Sangat catchy” – Ini Sebab M Nasir Anggap Lagu Raya Moden Kurang Melodi
View on Threads
Pilih M. Nasir Sebab Watak ‘Cero’ & Lagu Mentera Semerah Padi
Menurut bapa kanak-kanak berkenaan, guru sekolah Ali meminta setiap murid membawa gambar tokoh atau ikon kerjaya masing-masing bagi melengkapkan projek seni tersebut.
“Projek seni di sekolah Ali. Ckgu suruh bawa gambar ikon kerjaya. Ramai yang bawa gambar Tun M, angkasawan pertama & atlet sukan. Tapi Ali, dia minta saya print gambar @/mnasirmohamed,” tulisnya.
Bila ditanya punca sebenar di sebalik pilihan unik itu, rupanya Ali mengenali M. Nasir bukan sahaja melalui lagu-lagu epik seperti Mentera Semerah Padi, tetapi juga menerusi animasi popular tanah air, Ejen Ali.
“Ali tahu M.Nasir berlakon dalam cerita Ejen Ali, sebagai Cero, iaitu antagonis utama. Dan yang melawan Cero dalam cerita itu ialah tak lain tak bukan, Ejen Ali.
Selain minat Mentera Semerah Padi, itu sebab dia jadikan M. Nasir sebagai ikon kerjaya,” tambah bapanya lagi.
Cetus Rasa Terhibur Netizen
Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan Ali tersenyum bangga sambil memegang kotak projek seninya yang ditampal gambar M. Nasir bersama beberapa ‘dialog bubble’ mengandungi maklumat diri seniman legenda berkenaan.

Sumber: Threads
