in

“Boleh tonton tanpa rasa blur” – Sedikit Panduan Asas Pasal Kisah Ejen Ali Yang Perlu Tahu Sebelum Tonton Versi Movie

Ejenali2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita telah tahu, hari ini merupakan hari pertama filem animasi tempatan Ejen Ali The Movie ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.


Bersempena musim cuti sekolah, bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa juga teruja dan rasa tak sabar nak tonton kehebatan bakat Malaysia menghasilkan filem animasi bertaraf antarabangsa ini.

Buktinya, siri asal animasi dibawah naungan Primeworks Studio dan WAU Animation ini telah  berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara,  termasuk di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di negara serantau.

Maka, buat julung-julung kalinya Ejen Ali buat versi movie untuk tontonan semua.

 

Ramai yang teringin nak tengok movie sulung Ejen Ali The Movie, tapi tak ramai yang ikuti siri animasi ni dari musim 1 hingga musim 2.

Ektkdzhuwaie51
Sumber : twitter

Tapi admin yakin mesti masih ramai yang excited nak tonton tapi tak tonton siri dan ikuti cerita Ejen Ali kan? Jadi, kalau korang tak nak blur masuk wayang nanti, baca perkongsian daripada Amirul Hanafy ini.

Sebelum kita pergi lebih dalam lagi, kita kenali watak-watak yang ada dalam Ejen Ali dulu supaya korang kenal.

 

1. Ali

Ektkeqwu4Aagaqy

Watak penting untuk musim 1. Ni Ali, seperti yang kau dah tahu, dia watak utama. Mahupun dia memegang watak utama, dia tak OP dan sangat lemah. Dia jadi Ejen sebab insiden sahaja.

 

2. Alicia

Ali3

Alicia, rakan sekelas Ali. Ali ingat dia sorang Ejen, walhal orang yang paling dia menyampah pun Ejenmate dia. Anak angkat kepada General Rama. Cemerlang dalam pelajaran.

Ali6

 

3. General Rama

Ali4

Memegang jawatan  sebagai General, di Agensi MATA. Nampak dia sebagai coordinator di agensi risikan tu. Dia akan bagi misi pada ejen-ejen bila ada kes.

MATA : Meta Advance Tactical Agency

 

4. Ejen Bakar

Ali5

Pakcik Ali. Dia Ejen senior di MATA. Kemahiran dia dalam kombat. Keempat-empat ini adalah watak penting dalam siri Ejen Ali Selain itu ada juga watak-watak lain seperti:

Viktor rakan baik Ali. Kaki game dan bagus dalam pelajaran. Sentiasa dapat nombor 2, bawah Alicia. Dia bukan Ejen.

 

Dalam MATA, terdapat 4 jenis teras

Ali8

Neuro (Kuning), Tekno (Merah), Inviso (Putih), dan Kombat (Biru). Setiap teras memainkan peranan masing-masing dan diwakili oleh warna tersendiri. Setiap teras akan diketuai oleh seorang Individu, dipercayai berada di hierarki tertinggi Ejen

  • Neuro : Kumpulkan maklumat, analisis dan strategi.
  • Kombat : Kepakaran dalam bidang….kombat!
  • Inviso : Pakar dalam bidang stealth, sangat licik.
  • Tekno : Pakaran dalam mengendalikan teknologi

Warna teras dalam Ejen Ali mewakili warna-warna dalam Bendera Kebangsaan.

Mereka tinggal di bandar bernama Cyberaya, sebuah bandar yang pesat dengan kemajuan dan teknologi. Di Cyberaya terdapat 3 Peneraju Utama yang menyumbangkan pada kemajuan bandar pesat ini.

Ektkgzyu8Ao84Pv

 

Siri musim 1 : Ali secara tak sengaja memiliki salah satu senjata prototaip milik MATA. 

Malah, dia juga terpaksa activate senjata ini untuk menyelamatkan keadaan. Ini adalah IRIS.

Ali9

Dos (Kiri) dan Trez (Kanan) hampir memiliki Iris. Merekalah yang penyebab Iris dicuri dari tempat simpanan khas Iris, dan kecuaian mereka juga penyebab Iris lolos ke tangan Ali.

Ali10

Mereka cuba dapatkan balik Iris dari Ali, namun kehadiran Ejen Bakar menyelamatkan keadaan. Ejen Bakar menyuruh Ali activate Iris untuk selamatkan diri Ali namun tindakan itu membuatkan Iris dimiliki oleh Ali buat selamanya.

Bakar terpaksa bawa Ali ke markas MATA untuk melaporkan misinya. General Rama bengang sebab teknologi Iris melekat pada Ali sehinggakan sampai tahap dia nak bunuh Ali semata-mata nak keluarkan Iris namun diberi pilihan yang kurang menggembirakan.

Iaitu melantik Ali sebagai Ejen dan membantu Ejen lain dalam misi-misi MATA. Bukan sahaja Iris terikat pada Ali, malah Ali turut terikat dengan MATA. At first Ali excited nak jadi Ejen, tapi disebabkan dia lemah, selalu kena sindir, dia selalu mental breakdown.

Sejak jadi Ejen, Ali kena lanyak kaw-kaw untuk improvise kemahiran kombat dan pengendalian teknologi. Dia punya lemah sampai terpaksa di latih oleh Ketua Teras Neuro, yang yakin terhadap kemampuan Ali.

 

Siri Musim 2 : Ali melayakkan diri untuk menjalani latihan di Akademi MATA. 

Dalam musim 2, Ali melayakkan diri untuk menjalani latihan di Akademi MATA. Akademi latihan yang paling intensif dan serius untuk memastikan setiap Ejen dari MATA mampu menyelesaikan misi dengan sempurna.

Kehadiran Ali di Akademi ni tidak memuaskan hati banyak pihak. Ali masuk Akademi semata-mata ada Iris sedangkan orang lain masuk dengan potensi sendiri. Sepanjang latihan, nampaklah Ali paling noob melainkan dia guna Iris, tu pun noob juga.

Salah satu episod dalam Musim 2, ahli akademi diberi tugasan untuk mencipta satu teknologi sebagai ‘assignment’. Di sini, Ali cipta 3 set (kalau tak silap) Iris ATLAS untuk team dia.

Apa tu ATLAS? ATLAS ni versi Iris yang synchronize dengan Iriz. Dia tak stand-alone, kena bergantung pada Iris pada Ali.

Iris akan transfer semua data pada ATLAS dan setiap user nampak apa yang Ali nampak. Namun setiap penggunaan Atlas akan melemahkan Ali sebab tumpang kuasa.

Ciptaan Ali mengejutkan MATA dan MATA sudi buat improvement pada Iris ATLAS. Atlas tak melekat pada user, ianya boleh dipindahkan dengan mudah.

Mungkin melalui Atlas ini, MATA berjaya menghasilkan Iris versi baharu seperti yang kita dipertontonkan dalam trailer movie ejen ali.

 

Tonton siri Ejen Ali disini

Buat masa ni, itu je lah surface yang pemuda ini kongsikan untuk korang faham. Admin dah tengok cerita ni, sejujurnya memang 10/10, ada lucu, sedih, aksi semuanya lengkap.

 

Sebenarnya kalau korang tak pernah tengok siri macam admin ni pun, korang boleh faham. Nampak animasi tempatan sekarang memang semakin maju, buktinya sebelum ni kita dapat tengok Upin & Ipin, Boboiboy dan kali ini Ejen Ali pula. Salute!

 

Baca : Lelaki Ini Dakwa Pendakwah Xinjiang Sebagai Ejen China, Sembunyi Kebenaran Di Sebalik Kekejaman Terhadap Etnik Uighur

Ejenali

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.