in

“Macam real” – [VIDEO] Ejen Ali ‘Join’ Buat Trend TikTok, Animasi Padu Sampai Peminat ‘Cair’!

Page Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan Ejen Ali kan?


Bagi korang yang rajin tengok siri animasi lagi-lagi dari negara kita macam Upin & Ipin dan BoboiBoy, mesti dah sedia maklum yang Ejen Ali ni boleh dikatakan watak yang paling ramai minat!

Dengan watak lelaki remaja, tambah pula karismanya sebagai ejen dalam M.A.T.A memang cepat betul orang jatuh hati! Macam baru-baru ni, @officialejenali memuat naik video si Ali ni buat trend TikTok pulak dah…

@officialejenali

Hmm..macam ni ke buat trend tu? #EjenAli

♬ original sound – Ejen Ali – Ejen Ali

Trend TikTok yang dimaksudkan adalah Camera Trend yang mana pengguna perlu mengikut arah gerak kamera. Disebabkan ianya sering digunakan, memang ramai yang tak sangka sampai watak kartun Ejen Ali pun ‘terjebak’ sekali!

“Patut ah musim 3 belom keluar, buat TikTok rupanya?” – Gurau netizen

“Dulu aku pernah crush kat Ali ni tau!”

Ramai sedia maklum bahawa pembikinan watak-watak animasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ekoran itu, peminat Ejen Ali dilihatkan memuji pihak produksi kerana berjaya menghasilkan video pendek nampak real seolah-olah betul wujud di alam nyata.

Tiktok New 1

Bukan tu je, disebabkan kelihatan terlalu nyata, rata-rata ‘cair’ dengan video tersebut dan di bahagian komen siap ada yang komen Ejen Ali ni first love diorang tau! Hahaha…. Macam-macam betul korang ni!

Tiktok Full 7

Tak cukup dengan tu, Ejen Ali pun ada memuat naik video ‘POV’ dari kucingnya, Comot! Korang boleh tengok kat bawah ni…

@officialejenali

Reply to @xx.grxxn.dxvi1.x_ POV Comot pun tertanya Ali tengah buat apa #EjenAli

♬ original sound – Ejen Ali – Ejen Ali

Haih, geram je tau min baca komen-komen korang… Oh btw, Selamat Hari Raya in advance, Ali! Hihihi…

Baca: Kini Trending #2 Di Youtube, Iklan Raya BoBoiBoy #KembaliAidilfitri Ini Buat Ramai Bergenang Air Mata

Untitled 3 12

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.