in

“Siap kata solat saya tak sah”- Gara-gara Berkuku Panjang, Ramai Netizen Tuduh Macam-macam Kepada Gadis Ini Sampai Kena Beri Penjelasan

Hhkjk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah perempuan yang suka berkuku panjang sebab dia anggap itu sebagai fesyen untuk berhias. Biasa la perempuan kan suka berhias.


Baru-baru ini, ada sorang gadis lepasan SPM yang viral dekat Tiktok disebabkan video dia yang menunjukkan dia berkuku panjang. Padahal video itu cuma video aksi bersahaja yang hanya menunjukkan dirinya.

Tapi, yang mencuri perhatian netizen adalah kuku panjang gadis itu.

Menurut mStar, beberapa video yang dimuatnaik oleh gadis bernama Nur Balqis Amani Syahril itu juga dapat ratusan ribu views di Tiktok. Boleh katakan dia famous juga la kat Tiktok sebab ada ratusan ribu views.

@bxlqisamanii

?

♬ original sound – jess.

Tuduhan tak berasas

Mesra dipanggil Balqis, gadis ini beritahu yang dia terima banyak komen dari netizen yang kecam kuku panjang dia itu.

Sebenarnya, kuku yang dia pakai itu cuma kuku palsu yang dia beli secara online. Siap ada yang komen dekat video dia cakap dia tak solat sebab kuku panjang.

Iiii

“Ada juga yang kata solat saya tak sah. Kuku palsu tu boleh dicabut bila-bila masa dan saya pun pakai waktu nak keluar, waktu buat video je.”

Bukan itu sahaja kecaman dari netizen, ada juga yang tuduh gadis itu malas buat kerja rumah sebab ‘kononnya’ dia berkuku panjang.

 

Balqis tak marah

Menurut anak kedua daripada tiga adik-beradik itu, dia tak marah dekat komen-komen netizen yang ‘bermacam-macam’ itu , sebaliknya dia anggap yang komen-komen tersebut sebagai lumrah dalam menggunakan media sosial.

“Kadang-kadang ada orang yang akan rasa tak puas hati dengan kita. Tapi saya tak akan berhenti pakai kuku palsu ini hanya kerana risau dengan ‘mulut orang’ .”

Dalam pada masa yang sama, Balqis terharu juga sebab ada yang ‘back up’ dia di ruangan komen  seolah-olah faham akan niatnya yang cuma pakai untuk berfesyen.

Korang jangan la senang-senang fikir buruk pasal orang tau, biar fikir yang baik-baik je. Dia pun pakai sebab nak berfesyen je kan.

 

Sumber: mStar

Baca: Berhenti Potong Kuku Sejak 1979, Kenali Bekas Pemegang Rekod Dunia Kuku Terpanjang, Lee Redmond

Iuu

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.