in

Berhenti Potong Kuku Sejak 1979, Kenali Bekas Pemegang Rekod Dunia Kuku Terpanjang, Lee Redmond

Lee Redmond 1 E1618020243822

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berapa lama korang boleh tahan kalau tak potong kuku?


Kalau tanya min, memang tak lama. Nampak je panjang sikit, terus dicapainya nail clipper.

Tapi, lain kisahnya bagi seorang wanita ini. Menurutnya, dia dah berhenti potong kuku semenjak tahun 1979.

Biar betul?!

Jom kenali Lee Redmond, wanita yang pernah memegang rekod dunia sebagai pemilik kuku asli paling panjang.

Dah set tarikh nak potong kuku, tapi tak sanggup sebab sayang sangat.

Lee Redmond E1609643933561

Dilahirkan pada 2 Februari 1941, Lee Redmond mula menyimpan kukunya pada lewat tahun 1978 hingga awal 1979.

Pada awalnya, wanita ini sudah merancang mahu memotong kukunya pada 22 November 2006 tetapi akhirnya membatalkan hasratnya itu.

“Ia pelik bagaimana kuku ni menjadi sebahagian diri saya. Orang ramai mengenali saya sebagai ‘The Fingernail Lady’ tapi sebenarnya saya lebih daripada itu,” kata Lee dalam satu temu bual.

Menurut rekod dunia Guinness, Lee pernah memegang rekod wanita dengan kuku paling panjang pada kedua belah tangan. Apabila diukur, kukunya dikatakan mencapai ukuran sebanyak 8.65 meter!

Mindblown teruk!

Lee Redmond Longest Fingernails Ever Tcm25 597698 E1609644230431

Apabila ditanya bagaimana Lee menjaga kukunya, wanita yang menetap di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat itu berkata dia akan merendam kuku-kukunya di dalam olive oil suam setiap hari.

Malah, dia juga menggunakan beberapa botol nail strengthener dan nail polish untuk memastikan kuku kesayangannya itu berada dalam keadaan paling baik.

Hilang kuku lepas kemalangan

Lee Redmond Utah E1609644073677

Namun begitu, Lee hilang status pemegang rekod dunia pada tahun 2009 selepas dia terlibat dalam satu kemalangan di Holladay, Utah. Insiden yang turut melibatkan tiga kenderaan lain itu bagaimanapun, tidak merekodkan kehilangan nyawa.

Menurut Lee, semasa kejadian itu berlaku, dia yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu tercampak keluar selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan tiga kereta lain.

“Perkara pertama yang saya perasaan adalah kuku saya sudah patah,” kata Lee.

Kini, cebisan kuku Lee yang telah patah dalam kemalangan itu disimpan di dalam satu beg plastik sebagai kenangan semasa wanita itu masih lagi memegang rekod dunia.

“Saya sangat sedih. Kuku itu adalah sebahagian diri saya tapi saya tak boleh buat apa-apa dan hanya perlu menerima takdir,” kata Lee.

Tambah wanita itu lagi, dia amat merindui kuku panjangnya. Meskipun terdapat banyak perkara harian yang sukar untuk dia lakukan kerana kuku itu, Lee tetap bangga dia pernah memiliki rekod dunia kerana kukunya.

Ayanna E1609644403391

Untuk pengetahuan korang, pemegang rekod dunia bagi kuku paling panjang kini milik Ayanna Williams yang berasal dari Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Menurut rekod, kuku Ayanna pada kedua belah tangannya mencapai jumlah ukuran 576.41 sentimeter.

Sumber: Mirror

Baca: Lelaki Austria Pecah Rekod Dunia, Berendam Dalam 200kg Ais Lebih 2 Jam!

Untitled Collage 4 1 E1609643627157

Sumber: Stuff.co.nz
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.