Bahaya! Kanak-Kanak Dirakam Duduk Dan Bergayut Atas Kereta Sedang Bergerak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ibu bapa bertanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan anak masing-masing. Tapi ada juga yang tak kisah kalau apa-apa berlaku ke atas anak mereka.

Kejadian berlaku di Pasir Gudang

Dalam sebuah perkongsian oleh Chitran Tamil Chelvan, dua kanak-kanak dilihat sedang duduk di belakang sebuah kereta yang sedang bergerak.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Scientix, Pasir Gudang, Johor.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Berani betul budak-budak zaman sekarang ye!

Bergayut ala Spiderman

Dalam rakaman video selama 7 saat itu, dua kanak-kanak berkenaan dilihat bergayut ala Spiderman di belakang kereta Toyota Vios dengan nombor plat negeri Johor.

Dahlah bergerak laju, langgar lampu isyarat berhenti lagi! Tak tahulah nak kata berani atau buat kerja gila.

Kita yang tengok ni pun dah rasa risau.

“Tak sayang nyawa ke..”

Tengok sajalah gelagat mereka. Siap boleh minum air kat belakang tu tanpa rasa takut.

Sumber: Facebook

Mana mak ayah budak-budak ni ye? Siapa yang bawa diorang ni? Kenapa boleh dibiarkan budak-budak berdua tu naik kereta macam ni?

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Eh macam-macam persoalan ada dalam kepala ni, tak boleh nak jawab je rasanya.

Ini bukan shooting filem ye. Ini semua kejadian sebenar yang berjaya dirakam oleh pengguna jalanraya lain.

Baca: “Patut lempang je” – Kereta Kena Langgar, Rupanya Dalam Budak 10 Tahun Tengah Ajar Kawan 9 Tahun Bawa Kereta

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.