in

“Siap gelak tengok budak tu mabuk” – [VIDEO] Lelaki PAKSA Budak 4 Tahun Minum Arak Sampai Terhuyung-hayang

Drinkk

Pada 23 Ogos lepas, dua lelaki Indonesia telah ditahan di Selatan Sulawesi selepas dorang memaksa seorang budak berumur empat tahun untuk minum arak.

Dua video aksi ini telah dirakam oleh salah seorang pelaku dipercayai diambil pada 22 Ogos lalu telah tular di media sosial dengan komen-komen netizen yang rata-ratanya jijik dengan tindakan tak bermoral dua lelaki tersebut.

Dalam video pertama, seorang lelaki dilihat sedang memberikan kanak-kanak malang ini alkohol dan dapat dilihat kanak-kanak ini tak membantah dan terus minum bercawan-cawan menunjukkan yang budak ni mungkin dalam keadaan dahaga.

Screenshot 2020 08 26 At 12.32.48 Pm

Dalam video kedua pula, kanak-kanak ini kelihatan tak mampu nak stabilkan badan selepas minum minuman beralkohol itu hingga jalan terhuyung-hayang dan terjatuh beberapa kali. Kedua lelaki ini pula hanya gelakkan budak tersebut. Teruk gila perangai!

Posted by Syahrul Waru on Sabtu, 22 Ogos 2020

Menurut Tribun, rakaman ini dibuat di ladang lada hitam di Pekaloa dan nak dijadikan cerita, ibu bapa kanak-kanak itu ada di sana dan sedang bekerja ketika hari kejadian.

Menurut Ketua Pusat Penjagaan Bersepadu Luwu Utara Wanita dan Kanak-kanak, ibu bapa kanak-kanak ini telah meminta dua lelaki ni yang juga pemilik ladang tersebut untuk tengok-tengokkan anaknya.

Walaupun tahu majikannya telah memberikan anaknya arak, ibu bapa kanak-kanak ini tak berani nak membuat laporan polis kerana takut dibuang kerja.

Bagaimanapun, dua pelaku ini telah pun ditahan oleh pihak polis selepas dua video ini tular di media sosial.

 

Baca: “Bakal jadi sampah masyarakat ni” – Budak Sekolah Buat ‘Prank’ Kedai Mamak Letak Gam Gajah Bawah Cawan

Screenshot 2020 08 26 At 12.21.42 Pm