in

“Siang pun ada hantu” – [VIDEO] Lawak! Sebelum Ni ‘Hantu Cina’, Sekarang ‘Pocong’ Pula Pergi Cucuk Vaksin

Ft Pocong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini ada sahaja gelagat penerima-penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang mengenakan pelbagai kostum. Contohnya, kelibat ‘hantu cina’ yang mengambil vaksin di PPV Jalan Genuang, Segamat. Hantu pun takut covid tau tak.


Sama juga dengan kisah kalini, dalam perkongsian @pwettygerl, dia telah memuat naik video di mana dia telah merakam kelibat ‘pocong’ yang menaiki kerusi roda mengambil vaksin di PPV. Seramnya…

@pwettygerl

Siang2 pon boleh nyah ?? #fyp #ppv #ppvdewanmeranti2

♬ original sound – NIS – NIS

Dalam video tersebut, seorang lelaki yang mengenakan pakaian mirip pocong sedang menuju masuk ke pusat pemberian vaksin dengan menaiki kerusi roda sambil ditolak oleh seorang petugas.

“Kan dah penat”

Petugas itu terpaksa menolak kerusi roda kerana pocong itu tidak boleh berjalan disebabkan tali yang diikat pada bahagian kaki. Dia juga terpaksa melompat-lompat masuk ke dalam dewan untuk ambil vaksin. Balik rumah mesti kaki lenguh.

Pemilik akaun Tiktok ini yang merupakan salah seorang volunteer yang bertugas di PPV itu bersama seorang rakannya mengambil kesempatan merakam moment ‘seram’ itu.

Kejadian yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Meranti 2, Shah Alam Utara itu disaksikan oleh beberapa orang yang hadir untuk mengambil vaksin di sana. Mereka juga tidak melepaskan peluang merakam detik-detik tersebut sebagai kenangan. Siapa je lagi yang sanggup buat.

“Cucuk la sendiri, seram…”

Walaupun dimuat naik semalam, video pendek ini telah mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok sehingga kini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pocong yang pergi cucuk vaksin itu.

Komen Pocng

Ada juga netizen yang tertanya-tanya tak penat ke lompat-lompat masuk dewan.

Kalau hantu pun pergi cucuk vaksin, takda alasan dah kita untuk kita tak ambil vaksin kan…

Baca: “Mana poket nak minta sesuatu ni” – Gelagat Doraemon Terima Suntikan Vaksin Curi Tumpuan

Doraemon E1630561954199

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.