in

“Mana poket, nak minta sesuatu ni” – Gelagat ‘Doraemon’ Terima Suntikan Vaksin Curi Tumpuan

Doraemon Vaksin Unisza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak tengok Doraemon betul tak? Kartun ikonik Jepun ciptaan Fujiko Fujio yang merupakan sebuah robot kucing masa hadapan yang datang semula ke masa sekarang untuk membantu Nobita yang sering kali berdepan masalah dengan alatan canggih dari masa hadapan.



Baru-baru ini, petugas dan orang ramai di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dimeriahkan dengan ‘kehadiran’ Doraemon untuk menerima suntikan vaksin.

Menurut gadis yang memakai maskot berkenaan, Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, berkata beliau hadir ke PPV berkenaan sebagai Doraemon bagi menceriakan suasana selain ingin mengembirakan para petugas barisan hadapan dan juga penerima vaksin yang lain.

Doraemon Ambil Vaksin Terengganu 3

 

“Ada minta saya keluarkan terowong masa untuk dicepatkan giliran”

Menurut gadis berkenaan, dia berasa seronok melihat gelagat pengunjung PPV yang tersenyum gembira melihat watak berkenaan dan tidak kurang juga yang ingin merakamkan foto dan video sebagai kenang-kenangan.

Doraemon Ambil Vaksin Terengganu 2

Tambah beliau lagi, ada juga yang sempat bergurau sambil meminta bermacam-macam ‘alat ajaib’ yang sinonim dengan Doraemon yang selalu tersimpan di dalam poket hadapan watak animasi popular dari Jepun berkenaan.

Difahamkan, Nor Shahira tidak berasa janggal melakukan perkara tersebut kerana dia sudah biasa membantu abangnya dengan menjadi Doraemon bagi menjayakan perkhidmatan suprise delivery yang ditawarkan oleh abangnya tersebut

Doraemon Amik Vaksin 1

Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa pakaiannya tersebut tidak menggangu proses pemberian vaksin kerana kostum Doraemon yang dikenakannya mempunyai zip dan mudah dibuka tanpa melambatkan proses petugas.

Ternyata idea mengenakan kostum tersebut telah membawa ‘tuah’ kepada dia kerana ada yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya untuk penghantaran kejutan pada hari istimewa seperti perkahwinan ataupun hari lahir nanti.

Hurm, Ultraman sudah, Doraemon pun sudah… Kreatif betul lah korang ni…

Baca : “Covid lagi bahaya dari raksasa” – [VIDEO] Aksi Individu Pakai Kostum ‘Ultraman’ Masa Cucuk Vaksin, Jadi Tumpuan Warganet

Ultraman Vaksin

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.