“She’s funny and so honest!” – ‘Pengakuan’ Sharifah Sakinah Curi Perhatian Peminat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kita semua dah tahu, setiap perkara yang dilakukan oleh selebriti di negara kita sering menjadi perhatian orang ramai. Netizen akan sentiasa menjadikan selebriti sebagai topik hangat mereka untuk ‘membawang’. LOL! Antara kecaman mahu pun pujian, semuanya depends pada selebriti itu sendiri.

Seperti baru-baru ini, pelakon terkenal kita, Sharifah Sakinah, ada berkongsikan video pendek di Instagramnya yang berjaya mencuri perhatian netizen. Sama seperti artis-artis lain, Sharifah Sakinah juga antara artis yang aktif di media sosial. Banyak gambar #ootd nya yang sering dikongsikan kepada peminat. Semestinya gambar dia bersama suami dan anak kecilnya juga tidak ketinggalan. Kann comel gila dorang ni!

Sumber: Instagram

Namun beberapa hari lepas, tular di Twitter, video berdurasi 52 saat, yang menampilkan Sharifah Sakinah dengan aksi dan lagaknya yang sentiasa kelakar dan sporting itu. Dalam video tersebut, Sharifah Sakinah menceritakan sedikit flashback dan ‘pengakuan’ sewaktu dia masih bersekolah, dengan caption,

“Confession 1. Whenever my sister is not home, I go into her room and try on all the clothes”

Sumber: Instagram

“Kak Lynn start berlakon masa tu umur saya dalam lima, enam tahun. Dorang dah famous dah masa tu”

“So masa saya darjah empat, saya dah berlagak dekat sekolah. Saya berlagak sampai lah saya tingkatan 5”

Ramai peminat yang terhibur selepas menonton video bersahajanya itu. Rata-ratanya suka dan senang dengan aksi pelakon itu. Video tersebut kini mendapat hampir 390 ribu tontonan, manakala ianya juga panas di Twitter, dengan mendapat lebih daripada 135 ribu tontonan, 13 ribu retweet dan 7.1 ribu likes. WOWWWW!

Video itu turut mendapat lebih daripada 1500 komen, dan rata-rata peminat terhibur dengan aksinya.

“Ini kelakar. Jarang nak komen kat post entah pahape. But when it comes tu this, so funny and she’s so honest. And honestly, this is funny

“Sengal doh dia ni”

“Aku suka sangat Sakinah. Lawak dia selamba and natural, tak perlu nak perli-perli orang”

Adoiii kelakor lah si Sakinah ni! Cakap-cakap gitu je dah boleh buat orang gelak!

Baca: “Dah tua pun bodoh!” – Netizen Kecam Sharifah Sakinah dan Janna Nick Persenda Kematian Artis Kpop

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.