Sharnaaz Ahmad Didenda RM1,200 Kerana Tumbuk Bangla di Kelab Golf

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa tak kenal dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dahulunya heboh dengan lakonannya sebagai lelaki lembut dalam drama ‘Suamiku Encik Sotong’?

Sumber: BH

Tapi jangan terkejut pula, si ‘Encik Sotong’ hari ini telah didakwa menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di ibu kota, lapor Mstar.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad telah mengaku menumbuk mangsa, Gous Ali pada bahagian mukanya di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur yang juga tempat di mana mangsa bekerja. Ish, ish, ish!

Sumber: Twitter

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada 22 Julai lalu. Akibat dari tindakan tersebut, Sharnaaz telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, peguam Sharnaaz telah meminta hukuman tersebut diringankan dengan alasan abang ipar kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa itu telah insaf atas perbuatannya.

Sumber: Sensasi Malaysia

Pun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman kepada pelakon tersebut sebagai pengajaran di masa hadapan. Semoga tak ulangi lagi kesilapan ye! 

Susulan itu, Majistret Mahyudin Mohamad Som mengenakan hukuman denda bayaran sebanyak RM1,200 kepada Sharnaaz.

Harap Sharnaaz selepas ini dapatlah kawal kemarahan tu. Sabar itu kan separuh daripada iman?

Baca: Boy Iman Dituduh Menipu Orang Ramai, Jual Rumah Harga RM200,000 ke RM50,000

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!