in

Seumpama Clash of Clan. Ini 7 Game Tak Kurang Hebat Yang Boleh Korang Try

Page Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Clash of Clan atau COC memang mendapat tempat di hati peminat game. Merupakan salah satu game yang addictive, COC adalah permainan yang memerlukan pemain untuk memikirkan strategi di dalam peperangan.


D 2
sumber: techcrunch

Tapi, tahukah anda terdapat beberapa game lain yang seumpama COC boleh didapatkan secara online? Berikut merupakan tujuh senarai game tak kurang hebat yang boleh korang try.

 

1. Castle Clash

Game Castle Cash mendapat review yang baik dengan 4.6 bintang di Google Play. Sama macam COC, Castle Clash menjanjikan pemain untuk merancang pertempuran peperangan dengan teliti. Dalam game ni, korang boleh ambil hero untuk pimpin tentera korang yang terdiri daripada makhluk mitos.

Sema
sumber: google play

Download di sini.

 

2. Age of Empires: Castle Siege

Dengan rating sebanyak 4.1 bintang, Age of Empire: Castle Siege telah dimuat turun sebanyak 13,889 kali. Berkisarkan mengenai peperangan zaman Medieval, korang mesti memikirkan strategi untuk pastikan tamadun yang korang bina terselamat daripada sebarang ancaman. Seperti game lain dalam senarai ini, korang jugak kena melatih tentera dan mengarahkan mereka untuk serbu bandar lain.

D2 2
Sumber: gsr

Korang boleh download di sini.

 

3. Star Wars Commander

Mendapat rating sebanyak 4.3 di Google Play, Star Wars Commander telah dimuat turun sebanyak 959,906 kali dan menduduki carta Editors’ Choice di aplikasi tersebut. Selain daripada memikirkan strategi pertempuran, korang pun boleh rekrut dan melatih tentera korang bagi menjamin kejayaan yang berlatar belakang di angkasa.

D3 1
sumber: google play

Download di sini.

 

4. Galaxy Factions

Juga berlatarkan di angkasa, Galaxy Factions merupakan game strategi pertempuran di mana korang boleh bina dan luaskan kawasan jajahan. Di dalam game ni, korang boleh dapatkan sumber dan mengadakan persetujuan dengan pihak musuh sebagai salah satu strategi untuk menguatkan wilayah sebelum menghancurkan mereka.

D4
sumber: youtube

Korang boleh download di sini.

 

5. Total Conquest

Dengan rating sebanyak 4.1 di Google Play, Total Conquest telah dimuat turun sebanyak 294,529 kali dan mendapat tempat di hati peminat game di telefon bimbit. Berkisarkan tentang kisah pahlawan Roman, korang perlu merancang strategi bagi mengalahkan musuh selepas kematian Caesar. Dengan mengalahkan musuh, korang juga boleh melindungi kawasan tanah jajahan.

D5
sumber: youtube

Tekan sini untuk download.

 

6. Call of Duty: Heroes

Boleh dimuat turun di Google Play, Call of Duty: Heroes mendapat rating sebanyak 4.4 bintang daripada peminatnya dan telah dimuat turun sebanyak 1,578,749 kali. Di dalam game ni, korang kena train tentera elit untuk berdepan dengan pertempuran yang dahsyat. Korang boleh bermain bersama rakan bagi merancang strategi peperangan.

D6
sumber: wikipedia

Korang boleh download di sini.

 

7. Samurai Siege: Alliance Wars

Mendapat rating sebanyak 4.2 di Google Play, Samurai Siege: Alliance Wars merupakan game di mana korang boleh train samurai, ninja dan raksasa untuk memenangi pertempuran dengan pemain lain. Game ini mengambil latar tempat di dunia mistik di mana perlawanan boleh diadakan di dalam hutan, kawasan pergunungan dan gurun.

D7
sumber: google play

Muat turun saja di sini.

Amacam? Lepas ni korang bolehlah try main game yang ada dalam senarai ni pulak terutamanya bagi peminat COC. Mungkin ada di antara game ini yang lebih masyuk dari COC tapi, semuanya memiliki konsep yang sama iaitu merancang strategi bagi menghadapi pertempuran.

Apa-apapun, jangan sampai leka ye…

Baca: Nia Adyana, satu-satunya Pemain Wanita Malaysia Sertai Pasukan Asia’s Premier FIFA E-Sports!

D8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.