in

Nia Adyana, Satu-satunya Pemain Wanita Malaysia Sertai Pasukan Asia’s Premier FIFA E-Sports!

Gamer Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja bola sepak mahupun permainan video yang mengetengahkan sukan ini, pasti ramai kaum lelaki yang meminatinya. Jarang sekali kita dengar golongan wanita yang gemar bermain bola sepak, apatah lagi permainan video bola sepak seperti FIFA 18.

FIFA 18 sememangnya satu permainan video yang didominasi oleh golongan lelaki. Pun begitu, tanpa disangka ada seorang wanita meminati permainan ini sehingga mampu mengalahkan ramai pemain lelaki, lapor Astro Awani. Wanita tersebut merupakan Azroy Adyana Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Nia, seorang pemain e-sukan FIFA 18 berbakat besar.


Nia3

Popular dengan gelaran Makthor dalam arena e-sukan FIFA 18, Nia kini menjadi satu-satunya pemain wanita Malaysia yang berjaya menyertai pasukan Order of Elites Asia: Asia’s Premier FIFA E-Sports. Menurut pengasas pasukan Order of Elites Asia (OoE) Mohd Phirkhan, minat mendalam, kemahiran dan corak permainan Nia mendorong mereka untuk merekrut wanita itu.

“Kami sangat gembira dengan penyertaan Nia dalam keluarga OoE. Dia sentiasa bertenaga dan sentiasa mahu mempelajari perkara yang baru. Saya percaya ramai pemain wanita berbakat di luar sana yang perlu diketengahkan.”

“Salah satu daripada prinsip kami adalah untuk menyokong wanita dan tidak sama sekali memandang rendah terhadap mereka.”

Nia2
sumber: facebook

Mengakui bahawa dia mula bermain permainan video sejak berusia dua tahun, Nia tidak ketinggalan untuk meluahkan rasa teruja apabila ditawarkan menyertai pasukan FIFA yang digeruni di Asia Tenggara itu.

“Ia merupakan satu kebanggaan buat diri saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Asia dan satu-satunya pemain wanita yang mewakili Malaysia dalam pasukan ini. Saya percaya OoE akan membantu saya dari segi keperluan nasihat jurulatih dan mentor serta latihan untuk menjadi pemain yang profesional.”

Nia1
sumber: facebook

Menduduki tempat 16 teratas dalam kejohanan Virtuelle Bundesliga peringkat Asia Tenggara yang berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya baru-baru ini, Nia menaruh harapan untuk menjadi antara pemain wanita terbaik di Asia dengan kemahiran yang bakal diperolehi bersama pasukan barunya itu.

Wah, hebatnya! Siapa sangka wanita pun boleh jadi gamer berjaya!

Baca: Kenali Wan Nur Mafudah, Anak Melayu Pertama Menjadi Juara Peperiksaan ACCA Dunia

Acca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.