in

“Setiap tahun benda sama” – Sampah Sarap Penuh di Bahu Jalan Buat Netizen Panas Hati

1Balikkampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Balik kampung adalah acara tidak rasmi yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang berada diperantauan. Tak kisahlah cuti perayaan apa sekalipun, kalau ada peluang untuk balik kampung tu memang excited habis lah!



Tapi ada benda yang tak best pasal balik kampung ni yang sering terjadi setiap tahun. Ada segelintir masyarakat yang masih berfikiran rendah dan membuang sampah sarap di bahu jalan sesuka hati. Seperti yang dipetik dari tweet @FiqhTabayyun kat bawah ni, ternyata netizen kecewa dan tak kurang juga marah dengan tindakan mereka yang sesuka hati buang sampah keluar kenderaan setiap kali balik kampung.

Screenshot 2020 08 02 At 10.36.02 Am Screenshot 2020 08 02 At 10.36.10 Am

 

Setiap tahun benda sama berlaku

Admin serius kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang sesuka hati buang sampah tepi jalan macam tu. Tak salah pun untuk tunggu sekejap dan buang sampah ke tempat yang disediakan. Ini tak, buang situ je. Dah macam tong sampah besar-besaran dibuatnya highway tu.

Screenshot 2020 08 02 At 10.36.27 AmAdmin taknak tuding jari kat mana-mana orang, cuma geram je dengan orang yang buang sampah sesuka hati ni. Kotor terus jalan tu. 

Screenshot 2020 08 02 At 10.36.47 AmKalau tahu kat mana nak buang, takkan jadi benda macam ni. Ni kalau orang memang ada niat nak buang sampah tepi jalan je akan buat macam ni. Kalau tak sengaja atau sampah tercicir, takkan berlaku macam ni.

Screenshot 2020 08 02 At 10.37.00 AmKalau dah tahu akan ada sampah yang banyak tatkala menghadap jem, apa salahnya bawak siap-siap plastik sampah. Kumpul setempat sampah tu, nampak tong sampah baru buang betul-betul.

Harap tak berulang lagi lah benda-benda macam ni di masa hadapan. Bersamalah kita menjaga kebersihan alam sekitar bersama. 

 

Baca: “Sampah Merata! Pangsapuri Ini Penuh Dengan Sampah Penduduk Yang Tak Bertanggungjawab

Screenshot 2020 08 02 At 10.37.33 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.